Tuesday, January 25, 2011

jom kawin kat siam..

bila berkahwin di luar negara nie.. secara direct nye, status perkahwinan tu di kira sebagai tidak berdaftar.. 
jangan ikut sangat kata hati.. kalau dah jodoh tu tak kan ke mana...

faktor2 nikah tak berdaftar..

  • masalah keluarga..  ni kebanyakannya bila keluarga tidak merestui pernikahan tu.. contoh calon lelaki tak sesuai, tak sekufu, masih belajar atau lkeluarga sudah mempunyai calon yang sendiri untuk anak2..
  • sebilangan mereka berkahwin di luar negara bagi tujuan untuk poligami dan tidak mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.. haa.. siapa kata nak kawin lebih tu senang??
  • mengelak pihak majikan atau keluarga tahu.. ni mungkin yang kerja, kat kontrak tu tulis tidak boleh berkahwin..


kesan nikah tidak berdaftar
  • memungkinkan pasangan dipisahkan sekiranya pernikahan itu tidak sah.
  • pasangan dikenakan denda dan/atau penjara
  • sukar untuk menuntut hak nafkah,hak penjagaan,nafkah anak
  • masalah dalam pembahagian harta dan lain2
tu dia bahaya2 bernikah di luar negara nie.. tetapi.. kalau lah dah ter nikah.. hurm.. nak buat macaman.. meh2 baca.. jangan kalut..
  • penikahan itu perlu didaftarkan enam bulan dari tarikh pasangan kembali ke tanah air..
  • jika suami masih tidak mahu mendaftarkan perkahwinan, si isteri boleh mendaftarkannya sendiri. tidak perlu menunggu suami.
  • kemukakan sijil perkahwinan atau sebarang bukti lisan atau bertulis bahaa perkahwinan dilangsungkan.

ikatan yang suci itu biarlah bermula dengan baik..


p/s: kepada mereka yang bercita2 untuk kahwin kat siam.. fikir la bebaik.. banyak sangat buruk dari baik..

 kepada kenalan rapat yang bernikah kat siam tu, saya harap awak daftar la cepat2 perkahwinan tu.. jangan diikut sangat kata2 si lelaki itu.. menjadi yang nombor dua bukan senang.. kesian kat awak nanti.. anak2 pun akan menanggung susah yang sama.. nak bersalin nanti susah, nak sekolah susah..

kepada lelaki.. guna la cara yang baik untuk memiliki..