Friday, October 29, 2010

cincin



jalan2 ngan ma ke kedai emas.. ma nak gi betulkan gelang dia.. aku bodek2 la ngan ma.. "ma.. nak cincin.."

hehe..

smpai kat kedai ma suruh aku pilih cincin.. tapi kat kedai tu ade dua bentuk je cincin yang sesuai ngan jari manis aku..hukhuk.. satu muat jari manis tangan kanan, satu lagi muat jari manis tangan kiri.. mmg xde pilihan!!!!!!!
dulu2 masa belajar kawan aku slalu cakap.. "nanti kalau kau nak kawin ker tunang ker.. mesti xde cincin saiz jari ko.. kena tempah.. kesian kat future husband kau.. dapat isteri yang jari kurus.."
aku rasa.. mulut kawan aku tu mmg masin arr..
macam akan betul je apa yang dia akap.. kesian kat future husband aku.. haha..
utk future husband : selamat menyusahkan diri cari cincin utk syg yer...
bleh ker pesan mcm nie..? haha.. pesan mcm la nak kawin tahun nie..

Thursday, October 28, 2010

Mahallah Talhah Representative Council


sungguh.. saya rindukan kenangan2 suatu ketika semasa bersama2 dengan mereka di atas..
generasi pertama Mahallah Talhah Representative Council..
sibuk dengan mensyuarat..
sibuk memperjuangkan hak2 pelajar kolej..
sibuk mengatasi masalah2 di kolej..
sibuk....
sibuk....
sibuk....
tetapi kesibukan itu lah yang memberikan kita pengalaman yang berharga..
yang mematangkan kita..
yang mendidik kita..
yang membentuk kita..
sekarang musim pemilihan baru.. diucapkan semoga line up baru akan lebih maju dan berjaya dalam menjalankan amanah ini..
ingat... jangan biarkan amanah yang tidak terpikul pada hari ini sebagai punca anda bersalah di sana nanti..

Wednesday, October 27, 2010

kosong..

sekosong fikiran..
xtau apa kesudahan..
smg hampir kpd jalan penyelesaian...
smg dipermudahkan urusan..
tenang la wahai hati..
jgn galau lagi..
jgn biar rasa memakan diri..

Tuesday, October 26, 2010

thank you Allah..

sebak nye bila dengar lagu nie.. meh kawan2.. saya nak anda hayati lirik lagu nie..

"maka yang mana satu di antara nikmat2 Tuhan kamu, yang kamu hendak dusta kan?" ~ar-Rahman -13~ mari kita ramai2 bersyukur dengan ape yang Allah telah kurniakan kepada kita..


okay.. sebahagian dari lirik lagu bertajuk Thank you Allah yang dinyanyikan oleh Maher Zain..

I never thought about ..
all de things u have given to me..
i never thanked you once..
i was too proud to see the truth..
and prostrate to you..
until i took de first step..
and that's when you open the doors to me..
now Allah, i know wat l was missing..
by being far from you..

long distance relationship...


aku rasa..

long distance relationship nie..

makin lama.. makin memburukkan aku..

kerisauan yang melanda..

kerinduan yang membuak..

cemburu yang bertambah..



kepercayaan makin berkurangkah?

bagaimana perasaan sayang? perasaan cinta?

jauh dimata, jauh juga dihati ke?


ayat dari seorg kawan dia..
" _____(sila fill in de blank sendiri) tu baik.. so, jgn hampakan dia.." nie yang buat aku makin sayang and rindu ni dekat ____ (sila fill in de blank sendiri)..
haha.. x malu..



jodoh.. ditangan Tuhan..

moga dipermudahkan segala urusan..

moga ditunjukkan jalan.. amin..
sungguh aku sayang dia.. semoga kami ada jodoh untuk hidup bersama ke akhir hayat kami.. "ish.. pengakuan nie buat aku sebak and nak mengalir air mata.."

Monday, October 25, 2010

my ex senior yang menggatal..

suatu hari.. aku jalan2 ngan ma.. huhu.. dah besar2 pun jalan ngan mak lagi.. "kawan2 ramai dah kawin.. huhu.."

singgahla kat satu stall tu..
borak2 ngan sorang salesgirl kat situ..

terdengar suara sorang guy..
duk sibuk mempropose sorang awek yg keje kat stall tu..
aku pun toleh la kat suara lelaki tu.. macam familiar je suara..
alih2.. rupa2nya bekas senior aku yang masih xberubah ngan perangai lama dia yang suka menggatal..

dalam ati aku.. tak berubah lagi rupanya perangai senior aku ni.. dari skolah lagi suka mengorat..zaman skolah pun dah ditinggalkan 7-8 tahun.. perangai dia dulu lps dah dpt ngorat sorang, dia ngorat org lain plak.. kitaorg junior2 ni mmg dah maklum sangat ngn perangai dia ni..

nak je aku meringan kan mulut nie memberitahu.. "jgn la caya dia.. dia ni mmg pantang tgk perempuan dahi licin.."

keindahan pagi

pagi nie terasa rajin unttk siram2 pokok, cabut2 rumput..


terjumpa satu keindahan ciptaan Allah yang sangat cantik.. bertuah dapat melihat dengan sendiri.. apa yang dijumpa? seekor rama2 yang baru keluar dari kepompongnya.. subahanallah..


bertuah..
beruntung..

ni antara gambar2 rama2 tu.. sempat lg la kan ambik gambar duk tgk rama2 tu.


Friday, October 22, 2010

peniaga dan hasad dengki dan terbaik..


ish ish..

nie geram nie..

haha.. starting post pun dah ada negative side.. hehe..


permulaan cerita.. aku dan mak ada la berniaga makanan kat Binjai Souq nie.. ada yang kuih kami buat dan ada yang kuih kami jual yang orang lain buat..

sebelum ni aku cuma tolong ma je buat makanan..

dalam minggu nia baru aku start buat kuih sendiri dan jual.. kuih yang aku buat nie memang tak ada gerai lain buat pada mulanya..

dua kali buat kuih nie.. okay la.. alhamdulillah slalu abih.. tapi bila kali ketiga nak buat kuih nie.. gerai sebelah dah ciplak a.k.a tiru kuih yang aku buat.. huhu..

dengki punya manusia.... mentang2 kuih ni selalu abih, dia tiru dan jual jugak kat gerai dia..


huhu.. nampak sangat meniru.. sebelum nie tak la pulak buat kuih jenis tu.. tetiba bila tengok laku, buat jgk..


tak pe la.. tiru la.. nanti aku buat lagi.. dan pastikan rasa dia akan kekal sedap setiap hari..


sikap peniaga melayu memang macam ni.. suka meniru.. ada je yang dengki tengok orang lain untung, dia pun buat jugak.. jual jugak.. tak idea kut..

hehe..


lg sekali..

tak pe la .. biasa la tu kan.. persaingan dalam perniagaan.. kan kan??


Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara2 yang mendatangkan kebaikan sahaja.. ayat nie menyejukkan hati aku..
semoga Allah akan mempermudahkan dan memurahkan lagi rezeki aku.. Amin..

Thursday, October 21, 2010

blaja jahit..??

one day..
ada jiran datang umah.. nak mintak tolong jahit kelim tepi baju dia..

mak pulak xde kat umah.. and masalah nye plak.. akak yang hantar baju tu nak jahit cepat..

ish ish.. maka daku ngan muka tak malunye berkata "kak.. saya x pandai jahit.. kak masuk la bilik jahit ni.. pahtu kak jahit sendiri la ea.. "

maka selepas itu.. bertitah la akak tu byk2 a.k.a membebel.. "apa nie perempuan tak pandai jahit.. untung tau pandai jahit.. senang nak jahit baju suami ngan anak2 nnti.. upah jahit skrg pun dah mahal.."
aku mengiya kan sahaja segala kata2 itu.. sbb memang betul pun apa yang akak tu kata.. hehe..


ish.. mana nak belajar jahit nie.. nmpak nya lepas nie.. kena la blaja godek2 mesin jahit ma.. setakat nak jahit straight je guna mesin jahit tepi macam gambar kat sebelah ni pernah la jugak aku men2 kat mesin jahit tu.. "tp tu men2 kat kain sendiri.. baju org, xberani nak jahit.. takut rosak.."

tapi.. nak jahit bagi siap sepasang baju tu.. ish ish.. masalah tu..


huhu.. lepas nie kena contact kawan yang buka kelas jahitan kut.. huhu.. kena tanya bila jadual kelas dia.. kut2 bleh celah2 kan.. kelas jahit dia ramai makcik2 yang belajar.. nmpak gaya nya, lepas nie mmg berkawan ngan makcik2 la aku.. hehe..

maka bersiap sedia la ye mesin2 jahit ma.. aku akan cuba godek2 korang lepas nie.. haha..


tapi kalau perempuan tak pandai jahit ker, masak ker... mesti kena bebel.. kalau lelaki x pandai bertukang ker, baiki mesin ker ada ke kena bebel?? hehe.. tak adil..

Tuesday, October 12, 2010

sakit buah pinggang




masa pulang beraya baru2 ini aku ade menziarah nenek dan sepupu aku yang sakit buah pinggang.. kebetulan masa aku pergi tengok diorang kebetulan mereka ni baru balik dari hospital mencuci buah pinggang masing2..



kesian aku tengok sepupu aku nie.. pucat lesi muka dia.. mengikut apa yang isteri dia cerita.. bila pulang dari cuci buah pinggang, mereka memang akan letih.. x berdaya..
sepupu aku nie ditebuk kat leher untuk aliran darah tu.. kesian tgk dia.. masih ade plaster kat leher dia.. dia sekarang nie pun dah buta.. di tambah2 lagi dengan sakit buah pinggang..

itu sepupu aku..
ni nenek aku plak.. tapi keadaan nenek tak seteruk sepupu aku yang terlantar akibat keletihan buah pinggang di cuci.. nenek di cucuk di lengan berbanding sepupu aku dileher.. nenek lagi lama sakit buah pinggang dar sepupu aku.. tapi keadaan nenek tak la seteruk sepupu aku..
alang2 balik kampung, malam tu kitaorang tido umah nenek.. lagipun pagi esok nenek nak mintak temankan dia ke klinik kerana nenek batuk2, dah lama..

pagi nya aku dan adik temankan nenek ke klinik..
nasib baik batuk nenek tak effect kat paru2 lagi.. doktor pesan kat nenek "minum air masak banyak..'
nenek pun jawab " saya sakit buah pinggang, xleh minum air banyak.."
doktor "owh.. kalau macam tu jangan lupa makan ubat.."
nenek tanya lagi " sakit buah pinggang nie x bleh baik ke doktor?"
doktor jwb " biasanya kalau dah stat kena cuci dah xbleh baik.. klu bleh kesan dari awal bleh la baik..'

semoga nenek dan cousin aku tu sihat.. walaupun mungkin xbleh baik.. semoga mereka diberi kekuatan.. tolong doakan mereka ye..


disini aku sertakan beberapa tanda-tanda sakit buah pinggang nie.. manalah tau.. mencegah itu lebih baik.. bak kata doktor kat atas tu.."klu bleh kesan dari awal bleh la baik.."


simptom2 sakit buah pinggang:

1)sakit pinggang
2)bengkak badan
3)kulit gatal2
4)kerap kencing
5)cepat letih
6)kerap demam
7)sakit kepala
8)hilang selera makan




10 hb 10 Dua ribu 10 ~ aku di tinggalkan~

6 tahun lalu...
aku dengan beraninya meluahkan perasaan kepada seseorang..
menyulam cinta..
lamanya kitaorang bercinta..
bila nak kawin ni..
haha..




tapi pada tahun ini..
seseorang yang istimewa itu.....
mahu terbang pergi..
agak jauh dari aku..
huhu.. sedihnya...





namun.. dengan ada nya kemudahan2 di zaman IT sekarang ni.. jarak bukan lagi menjadi masalah sebuah perhubungan..
lagi pun dari hasil perbincangan kami berdua..
memang kami tiada masalah dengan jarak..
memang agak berat untuk lepaskan dia pergi.. tetapi.. memandangkan itu yang dia nak..aku seharusnya memberikan sepenuh sokongan dan semangat..





kepada dia...

selamat terbang ke sabah.. kerja rajin2 tau.. balik cepat2.. nanti bawak saya ke sana sekali..

kamu yang terbang pergi.. tetap meninggalkan kenangan untuk dikenangi.. saya akan tetap kekal utuh dengan kamu seperti mana kita 6 tahun yang lalu..malah.. mungkin lebih baik lagi..



saya tidak mahu menghantar kamu pergi dengan tangisan. tapi saya mahu mengahantar kamu dengan senyuman.. supaya kamu akan merindui senyuman itu dan tidak akan pernah lupakan saya..