Thursday, December 30, 2010

teman saat mandi..


seme orang suka mandi kan.. jom usha2 tip pilih sabun mandi.. haha.. jgn pandang rendah okay..





sabun yang pelbagai.. tapi tahu ker kita pilih yang mana satu?




ketahui jenis kulit anda
klu jenis kulit kita nie sensitif.. seboloeh2 nya kita pilih sabun yang berasal dari bahan organik.. contoh dari lidah kulit buaya a.k.a aloe vera,olive oil,vitamin e dll.. khasiat2 organik nie akan meberikan khasiat yang secukupnya kpd kulit anda..
klu yang jenis kulit berminyak pilih sabun glycerin or sabun noncomedogenic.




perhatikan bhn yang tidak sesuai untuk kulit..


ni bagi mereka yang mempunyai alergi, anda harus melihat bahan2 yg anda alah ye..
nnti x pasal2 kulit merah2, gatal2..
sekiranya kamu alah pada wabgian, sabun buku adalah lebih sesuai berbanding sabun cecair a.k.a shower cream..






aroma wangi
sabun beraroma buah buahan sesuai digunakan pada waktu pagi untuk membangkitkan semangat.. bagi sabun aroma bunga bungaan baik untuk memberikan kesan pada mlm hari...

Wednesday, December 29, 2010

2009+2010 = 2011

2011.. huhu.. dah nak 26yeras old... mcm xdpt terima kenyataan je..
sebagai penutup 2010 nie.. nak bercerita apa yang terjadi tahun ni.. sebagai ingatan...
tapi since 2010 ada kaitan dengan 2009.. jadi nak bercerita sedikit menganai 2009..



2009

1)grad di uia kuantan... setelah lama berlajar.. "6 tahun tu.."



2)convocation saya di uia gombak..

3)convocatioan adik di uitm s alam..

4)kakak tunang dan kawin..

ma kata tahun ni tahun banyak berjalan dan pakai duit.. sebab gi konvo dan kenduri tunang dan kawin..



5)1st time kerja.. jadi guru sandaran dekat sekolah yang ramai sangat cikgu2 yang mengajar diri ini masa sekolah dulu..masa nie baru tahu apa perasaan cikgu2 dulu masa mengajar diri ini..





6)adik excident... sampai sekarang.. orang yang langgar adik saya x datang melawat dan mintak maaf.. dia cuma datang masa excident hari tu cakap "kereta saya nie jenis mahal nak baiki.."
teruk.. adik masa tu duk dalam wad kecemasan lagi untuk dirawat.. kitaorang duk kalut fikir pasal adik dan dia menambahkan kekalutan tu dengan minta duit dan cakap kereta dia mahal.. chit porah! manusia... tgk la nnti kena kat diri sendiri..





2010

1) 1st time ajak FH datang umah dan terus kenalkan kat ma dan abah..



2) duk ulang alik gi hospital.. untuk check up adik.. macam2 peristiwa kat hospital..



3)abang ipar 1st tetiba sakit kaki.. saraf kut.. xleh jalan.. 2-3 bulan jgk..

4)abang ipar 3rd pun masuk hospital jgk sbb saraf jgk.. tapi nie tangan.. bukan kaki macam abang ipar 1st..



5)permintaan last arwah nenek suruh saya buat sesuatu 9 thn yang lalu baru tahun nie saya bgtau ma..
sangat bersalah sebab x tunaikan permintaan arwah masa arwah ada dulu..semoga arwah tenang dan dicucuri rahmat di sana..



6) anak murid saya yang saya ajar tahun 2009, meninggal..
arwah ada jumpa saya dan minta maaf sebelum arwah meninggal..
sgt sedih.. saya sempat terdetik dihati masa dia jumpa saya.. "nak mati ker mintak maaf nie.."
semoga arwah tergolong dalam orang2 yang beriman..



7)kena temankan adik ke kelas masa hantar dia ke sekolah sebab, dia kena bertongkat ke sekolah.. dia xdapat nak bawak beg dia dan buku2 dia sendiri..



8)FH keje jauh.....



2011

harap2..
lebih indah..
lebih cekal..
lebih tabah..
amin.. amin.. amin..

penyakit bukan penghalang cinta!!


kenapa kita perlu merendah diri untuk bercinta kerana belum tentu orang yang berpenyakit itu akan temui ajal dan orang yang sihat itu akan hidup lebih lama dari orang berpenyakit..


yaa.. penyakit bukan penghalang sebuah percintaan.. ingat.. jangan jadikan penyakit itu satu alasan untuk menolak antara keindahan di dunia ini iaitu.. CINTA...


hari tu nak beli majalah.. pilih punya pilih, nampak majalah ni.. topik utama dia "penyakit bukan penghalang cinta.."


pernah saya bertanya seorang kawan, apa pendapat dia sekiranya awek dia ada penyakit.. dia menjawab.. "aku tak kisah.. asalkan awek aku tu terus terang cakap kat aku.."


hm.. terus terang.. saya bersetuju dengan apa yang dikatakan tu.. itu adalah langkah pertama... kalau boleh.. jangan anda sembunyi satu apa pun pengenai penyakit anda kepada pasangan anda..

biar dia menilai sendiri apa yang harus dia lakukan..


tapi..
bila dah sayang.. rasa nya...
kita tak sanggup untuk menyusahkan pasangan kita nanti sekiranya kita yang sakit ini kekal terus bersama dengan pasangan..

seperti diri ini tidak layak untuk bersama dengan pasangan.. seolah2 dia lebih layak memiliki pasangan yang lebih baik, sihat dari diri kita..

bagi mereka yang mempunyai pasangan yang kurang sihat..
ikhlaslah dalam menerima mereka.. jangan sesekali berpura2..


bagi mereka yang mempunyai kesihatan yang diluar jangkaan..
janganlah berputus asa.. anda diuji.. orang yang diuji itu orang yang disayangi..



Thursday, December 23, 2010

kenapa saya tidak berfikir begitu..

"kenapa saya tidak berfikir begitu?"
tajuk sebuah buku.. karya ainon mohd..

tapi bukan mahu bercerita mengenai buku itu..
sekadar mahu menegur dan menasihati diri sendiri..
agar dapat berfikir dengan tenang..
bukan berfikir dikala emosi yang tidak stabil..
apatah lagi bila hormon yang tidak menentu ini..

"org marah selalu rugi.. bila berfikir menggunakan emosi.."
jauhi marah.. marah itu api.. api itu syaitan..
sejukkan diri dgn air..
api lawannya air..

satu cara lagi.. bila anda sedang berdiri bila marah..
maka duduk la..
bila anda masih marah lagi ketika duduk..
maka berbaring la..
bila masih marah lagi..
tidur je la..
hehe..

betul ke petua ni..
xtau.. cuba la sendiri..

Monday, December 20, 2010

takut kawin..

si setan nie teruk la.. x suka tgk umat Nabi Muhammad kawin..
suka jer dia bisikan perkara2 yg bukan2 kat telinga nie..
saje la tu nak bagi manusia nie bergelumang ngan dosa.. phtu x suka tgk umat Nabi Muhammad berkembang.. dengki betul si setan nie...

ish ish.. ingat manusia sekalian.. setan musuh utama kita.. ingat tau.. dia memusuhi kita semenjak zaman Nabi Adam lagi..
jgn terpengaruh dengan hasutan si setan nie..

monolog dgn diri sendiri: jgn la takut nak kawin yer cik aimi nadiah..

Sunday, December 19, 2010

sambung lagi?


saya nie memang minat sangat dengan buku..

semalam sempat keluar..

seperti biasa kedai buku mesti dituju..

dari jauh dah ternampak buku yang dicari..

karya baru novelis kegemaran saya..

ramlee awang mursyid..

tajuk "rayyan fantasi"

beli buku nie sebenanrnya masa kuar jalan2 ngn si FH yg balik semenanjung... sgt seronok dia balik cini dan dapat jgk la spend masa kejap..
ok2..bukan nak citer pasal si FH..



mcm biasa kat belakang novel ade sesi temuramah ngan penulis.. mata pantas mencari bait2 yang nak dicari... cari ape?

saya mencari next buku yang akan ramlee awang mursyid nie tulis..

tapi agak kecewa...

bila dia kata dia nak buat cerita yang ada kaitan dengan novel sebelum2 nie.. kira mcm novel bersiri la.. sbb dia ade kata.. "hijab sang pencinta" adalah novel last mengenai laksaman sunan, tapi selepas tu ade plak dia buta next novel.. tajuk, "cinta sufi"..

nanti dia nak publish "sutera bidadari.."

ish .. saya dah mula bosan dengan novel2 bersiri nie.. alahai..


tapi bila dah minat.. msti nak baca jugak kan..
sebahagian buku2 yang ditulis oleh ramlee awang mursyid.. sebahagian nya juga telah saya baca..
sangat best okay.. x caya cuba baca.. tapi klu anda jenis yang suka novel cintan yg nangis2.. nie karya nie tidak sesuai utk anda.. tapi klu anda jenis yang mahu sesuatu yang fresh, otak berfikir dengan pantas dan laju, bacalah buku beliau... novel2 dia lengkap.. ade unsut agama, kehidupan, mistik, kekeluargaan..

Saturday, December 18, 2010

stress dgn membaca? ya atau tidak?








tersenyum bila saya membaca sebuah artikel dalam majalah Rapi keluaran 1 dec 2010 nie..
ada menyentuh sedikit mengenai amalan membaca.. mengikut apa yang tertulis di sini..:

"sejak di bangku sekolah lagi kita telah didedahkan pada amalan membaca. malah, sehinggalah meningkat dewasa, amalan ini masih kekal dilakukan. kajian yang dilakukan di Sussex University, England membuktikan bahawa membaca dapat merehatkan fikiran dan mengurangkan stress.."

anda setuju.. bagi saya saya sangat setuju..
mengikut pengalaman la kan..
dulu masa belajar.. sangat tension dengan aktiviti kelas, aktiviti persatuan, "temasuk kadang2 aktiviti percintaan jgk..haha.."
ramai kawan2 saya yang mencari saya untuk meminjamkan buku.. ada yang tertekan dgn belajar, tertekan dgn keluarga, tertekan dengan percintaan, tertekan dgn perstuan universiti..
biasa nya mereka akan jumpa saya.. mereka selalunya tidak menceritakan kpd saya masalah mereka..
"aku tensen belajar la.."
"aku clash ngn pakwe aku.."
"aku xleh bawak la paper nie.."
"kak aimi, saya tension arr dengan Mahallah rep Council nie.."

lps mereka ckp pokok utama masalah mereka, mereka akan meminta buku yang sesuai dari saya untuk dipinjamkan... dan saya memang tiada masalah untuk itu.. SEBAB MEMANG BANYAK SANGAT KOLEKSI BUKU2.. HEHE..

jadi..
mengikut pengalaman.. saya memang setuju dengan kenyataan dalam majalah nie.. membaca memang merehatkan fikiran dan mengurangkan stress.. tetapi.. bahan bacaan tu memang harus sesuai dengan masalah2 serta situasi yang dihadapi..

selamat mencuba tips merehatkan fikiran dan mengurangkan stress ini.. semoga berjaya..

jalan2..

lama xgi jalan2 tgk wayang.. last rasanyer zaman blaja dulu kut... nie pun dh nk masuk 2 thn abih blaja..
enjoy de movie.. sbb nk tgk sgt wayang.. tp tgk citer yg xpatut sket kut..
sket je yg x patutnye..
hehe..

Wednesday, December 15, 2010

tag dari fyezrahman

1. apa yang penting dalam hidup korang?
ketenangan

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
pau kacang.. sedap tau.. lembut giler.. 4 ketul singgit

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
kat umah la kut..
tema:x fikir pun.. lmbat lg kawin..

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
btl2..

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
cinta ku is infinity okay..

6. di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
maslah nye x slalu jmper.. dlm mimpi jer slalu jmper..

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
wanita sbb byk tips kawin dlm tu..

8. apakah nama penuh korang?
xmo bgtau.. nm komersial AIMI NADIAH.. hehe...

9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
mak

10. namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
my FH.. bila dia nak balik nie.. haha..

11. adakah korang basuh baju korang sendiri.
mesin basuh tolong basuh..


12.dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

xde fikir pun..

13. pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk.. wink!! haha..


14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
prmpuan
ceria
blogger

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
benda ea.. bkn org.. brg kemas, laptop, duit, bear,hp

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
berubah2.. so xde perkataan "paling suka dgr" tu xwujud ye..

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
23nov.. MTBE..

18. 5 rakan Blogger yang korang nak tag..
hehe.. segan nk tag..

Sunday, December 12, 2010

memaafkan..

PEMAAF..
saya rs saya bukan kategori orang sebegitu..
macam mana yer nk jd seorang yang pemaaf..
ada sebarang cadangan...?

Tuesday, December 7, 2010

renungan tajam dari ma..

hari jumaat a.k.a 3hb aku ade ikut kawan masuk tournament netball..
(sila rujuk post yg 3hb yer utk tahu cerita lanjut..

hari sabtu bila aku bgn pagi a.k.a 4hb..
pergh.. seksa sgh.. sakit satu bdn.. ma dh bg renungan mata yang tajam tanda protes aku men netball.. sbb ma tgk aku punya la susah payah nak naik tangga.. jalan pun senget2..
tp around kul 2 ptg tu aku nak jgk kuar gi kenduri kawin...
dalam duk sakit2 nk jalan tu pun.. aku nak jgk pakai heels..
nak melawa jgk tau walaupun pakai heels sgt tdk sesuai ms kaki sakit2 tu..

lepas gi kenduri tu plak sempat lagi gi jalan2 kat pameran and boothyang org PAS bt..
dah la tanak lecak sbb hujan, pkai plak heels, dgn kaki sakit nyer..
tapi aku sempat lagi la kan control..
guna payung bt jd tongkat..
adik2 aku pun dah ckp aku mcm org tu jln pakai tongkat..
haha.. peduli ape.. drpd duk umah sorang2, baik ikut gi jalan2..

lusa tu plak a.k.a 5hb..
aku nagn kawan2 gi pameran kerjaya kat daerah Kemaman nie..
punyala seksa nak naik tangga..
lepas dari pameran tu plak... gi jalan ngn kawan2.. gi karaoke..
haha.. rosak2..
sempat la nyanyi buah 3 lagu total semua lagu aku nyanyi n kawan2 nyanyi 10 buah lagu..
tensen cari keja x dapat campur rindu kat si FH..
huhu..
lepas karaoke gi pulak pusing2 kedai cari baju utk wedding kawan..
jalan still cover2 k..
pakai masih lagi heels.. haha..

ptg balik releks..
rehat kejap..
tapi lewat ptg tu ade kawan len plak yang msg nak jumpa mlm tu..
on je,lagipun lm xjumper kawan2 yg nie..
satu lagi nk sibuk kan diri supaya x ingat sgt kat si FH tu..
tapi mlm tu dek kerana kaki dah sakit sgt campur penat bjalan, just pakai selipar jepun je..
hehe..
dah x melawa.. lagi pun mlm kan.. saper nk tgk.. haha..
ma skali lagi bagi renungan tajam bila aku masuk umah ngan kaki yang senget2 bl berjalan..

tulat a.k.a 6hb..
pg2 org kat pjabat MEKAR kol suruh gi MTBE... aku bt part time sn... tp dek kerana xlarat a.k.a sakit kaki.. malas la..
ma skali lagi bagi renungan tajam sbb aku malas gi MTBE..
hehe..

Sunday, December 5, 2010

ulangtahun??



5 dec 2010.


epy 1st anniversary to my sis n bro in law..

semoga bahagia ke dunia akhirat..
amin..
sebahagian gambar untuk mengembalikan memori..
masa nie rombongan pengantin lelaki bar sampai kat umah prmpuan..

sibudak yang menyibuk kat barang2 hantaran..


ni masa rombongan pengantin perempuan ke umah pengantin lelaki.. aku yang kena jd pengapit.. (ambik berkat.. nanti turn aku plak..haha..)





Saturday, December 4, 2010

melupakan kamu..

melupakan kamu..
bagus sungguh cadangan itu..
kamu tak terfikir ke akibat nye bila saya mula lupakan kamu..

bila saya lupakan kamu..
saya tidak akan rindu kan kamu..

bila saya lupakan kamu..
itu akan memudahkan saya ada scandal lain..

bila saya lupakan kamu..
kamu sudah tidak ada dalam fikiran saya lagi..
bila kamu tiada dlm fikiran saya lagi..
kamu tidak akan saya cintai lagi..

jadi..
kamu masih mahu saya lupakan kamu..?
walaupun sekejap..
buruk akibat nya..
jadi..
saya tidak akan melupakan kamu..
sedih hati ini bila kamu mahu saya lupakan kamu.. walaupun sekejap..

jgn risau ye.. i can fix it by my own..
biarkan saya terus rindukan kamu..
biar kamu terus ada dalam ingatan saya..
kerana saya mahu kamu kekal ada dalam fikiran saya..
kerana saya mahu kamu sentiasa ada dekat dengan diri saya..
kerana saya mahu menyintai kamu selamanya..

sekali lagi.. jgn dirisau jarak yang memisahkan..
kamu tetap dekat dengan diri saya.. kerana kamu telah ada dalam diri saya sejak dulu lagi.. iaitu di hati saya ini...

Friday, December 3, 2010

setahun lebih sudah..



dulu.. masa belajar aku sangat aktif dengan sukan2 kat uia nie.. stat kat gombak.. 1st year 1 sem duk men futsal..
keadaan nie berterusan la smpai ke sem 8..
seingat aku.. ms aku sem 6 aku dpt tau aku ada mslah kesihatan sket.. tp aku terus jgk nak men.. aku men la smpai awal sem 8..
lps tu aku jmper doc... doc dah stat pesan aku kena
stop men..
aku pun meraung semacam la bila kena stop men.. dah la jog pun x leh..
so.. aku berhenti la...

TETAPI.. hari nie.. aku stat men balik sukan2 nie..
tapi aku xmen ftsal.. men netball... ade perlawanan netball kat area DUN aku.. DUN air putih.. 3 dec.. giler wei.. lm x men.. best jgk.. mmg puas ati la aku men.. ade 5 game.. seme game aku masuk 1st game aku men jd WD (wing defender),2nd
game aku jd GK, 3rd game aku jd wing attacker (WA),4th ngn 5th game aku men jd Center(C)..
makin byk game.. makin up posisi..
giler penat..
tapi puas..

malangnye.. bila balik je dr match tu.. kaki dah mula sakit2, peha dah mula lenguh2, jln mula senget2.. ma ape lagi.. "tu la.. org suruh jgn men nak men jgk.. benda ape la yang dpt dr men tu.."
hehe..
sy dpt kepuasan ma..

game yg paling best men masa lawan team last.. tp kitaorg kalah 7-8.. team yg kitaorg lawan nie team makcik2.. rasanye umur makcik2 nie dlm 35-45 kut..
tua2.. tapi hebat giler men.. bdk team aku ms lawan ngan team nie siap gelak2 lagi.. tp ngn team len serius giler ms men..
mungkin sebab lawan org2 yang tua kut.. jadi hormat kena ade.. "ke diorang nie nak membodek2 makcik2 utk rekemen kan anak lelaki diorang.. haha.. maklum la.. team aku 9 org.. 7 org xkawin lagi.. so, apa salahnye mempromote dirikan.. haha.."

rugi xbergambar masa tournament tu..
tapi sebagai kenangan.. aku nak upload sebahagian gambar aku ms kat uia dulu..

men badminton utk tournament badminton kat pejabat kaji cuaca kuantan..

nie masa men netball utk team course aku.. gmbar nie aku yg jd GA tu.. hehe.. Goal Attacker..


nie masa kat uia kuantan.. acara umah sukan.. kami juara..


nie masa kat gombak tournanet futsal antara kolej.. yang lelaki tu sebenarnye spirit burner a.k.a bf kpd salah sorang dr kami.. dia dtg dr jauh utk sokong awek dia.. lepas tu panggilan spirit burner tu dah dicop sbgai nm utk para penyokong kami.. hehe..