Monday, April 6, 2009

bila cinta bersemi..

bila cinta bersemi..
bersama kita berilusi..
telah kita lewati..
ranjau yg berduri..
telah kita renangi..
lautan api..
cinta di alam fantasi..
yang akan berakhir suatu hari nnti..
tidak di sini..
di sana pasti..

Sunday, April 5, 2009

gelora cinta si gadis..

Entah berapa lama, tangisku mulai reda. Ku ucap istighfar berulangkali, di bibir dan di hati. Segera ku kesat wajah berbekas air mata. Ku pandang jam dinding menunjukkan angka lapan. Ku gumam istighfar dan ta’awudz silih berganti. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu yang dhaif dan hina ini kerana terlalu mengikut hati dan
perasaan. Hati ku terus memohon keampunan atas keterlanjuran yang pasti tipu daya syaitan.

Entah sejak bila bermula. Ada keanehan mengalir dalam diri bila berdepan dengannya. Wajah redupnya menarik pandangan dan lembut tutur katanya mempesona pendengaran. Fikiran jadi kacau. Jiwa dirantai sejuta perasaan. Memandangnya walau sekilas bagai satu mukjizat. Suara, perwatakan bahkan langkah yang diatur mengkaku tiap pancaindera. Minda terus-menerus diburu gambaran wajahnya. Hati tak berhenti melakar namanya. Subhanallah, apakah yang melanda diriku? Apakah ini namanya cinta? Bagaimana caranya untuk ku menanganinya? Ya Allah, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini, berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu.
Adakah perasaan ini cinta yang fitrah ada pada setiap remaja yang menginjak dewasa? Apakah ia jalan ketakwaan? Atau jalan kefasikan? Mungkinkah keuntungan yang akan ku capai atau kerugian yang bakal ku tanggung? Soalan demi soalan menguji hati dan mindaku.

Kuatkah aku melawan perasaan? Membunuh rasa cinta yang semakin mekar berbunga? Apakah aku lemah andai ku biar ia subur menghuni hati? Kurangkah cinta Tuhanku yang selama ini indah ku kecapi? Mampukah aku kehilangan cinta hakiki Ilahi demi cinta ini? Antara dua cinta aku menjadi buntu sama sekali.
Memang aku penggemar cerita sufi. Tapi tiada niatku meniru Rabiah Al- Adawiyah. Sungguh aku takjub dengan cinta Siti Zulaikha. Tapi tidak terdetik dikalbu menagih cinta seorang pun jejaka. Namun, sesungguhnya aku mengagumi Siti Maryam, begitu sabar dan tabah biar diuji dugaan yang tak tertanggung oleh mana-mana gadis pun sepanjang zaman dan tempat. Namun, istimewanya dia gadis suci yang wara’ yakin
dengan janji-janji Tuhannya.

Dia masih menghiasi hari-hari ku di fakulti. Ada beberapa tugasan yang memerlukan kami berkomunikasi. Aku cuba menjadikannya seminimal mungkin. Aku sedaya-upaya menjauhkan diri. Tingkahku kadang-kala seperti membenci. Aku tak mahu melukakan hati sesiapa tapi murka Allah lebih perlu ku jaga. Perasaan itu adakala memudar. Tapi kadang-kadang begitu mencengkam sanubari. Aku tegar mendekati Tuhan. Malam-malam ku hiasi dengan pujuk rayu, memohon tanpa henti diberi kekuatan melawan perasaan. Aku makin rajin hanyut dalam kalamullah, Al- Furqan benar-benar penawar hati yang mustajab. Dalam keasyikan menghayati keindahan
dalam pembacaan, aku jadi leka seketika dari zikir tentangnya. Zikir yang aku sendiri tak mahu mengungkapnya tapi hadir tanpa rela.

Bila waktu perasaan itu benar-benar menduga, adakala aku mengharap amat dia memulakan langkah pertama. Aku berharap dia juga punya perasaan sepertiku. Aku harap ada hubungan menjalin perasaan itu. Aku harap cinta itu mekar dan saling berpadu. Malahan adakala kutitip dalam doa di kala dinihari.

Ada ketika, bila dia melintas di depan mata aku berharap dia berhenti, menatap wajahku dan mengungkap kalimah keramat yang sangat ku rindu. Aku berharap di menggenggam tanganku dan bawa aku melestarikan cinta berdua. Tapi itu cuma harapan. Dia tidak pernah menjelingku walau sekilas. Aku juga tak mahu begitu. Aku cuma mengharap kerana perasaan itu begitu mendesak. Namun tangisku akan panjang setelah itu. Rasa kesal mendalam kerana cinta Tuhan yang patut ku damba, bekhalwat dengan-Nya yang wajar ku impi, menggapai kasih-Nya yang mesti ku rindu. Betapa hitam hatiku hingga tidak mengenal apa yang utama. Ya Allah, aku pohon Engkau menghapuskan ingatan ku padanya, tak sanggup aku menanggung tompokan hitam yang begitu memberat di kalbu.
Lebih empat tahun aku mengekang perasaan. Segalanya telah kulakukan demi mengekalkan kesucian dalam jiwa. Tinggal saja aku tak sanggup menukar jurusan yang ku pilih kerana minat mendalam yang tak mungkin ku singkir.

Aku berpegang pada janji Allah. Dalam Surah An-Nur, ayat 26; bermaksud ‘wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula’. Aku yakin aku akan menemui pemilik tulang rusuk yang darinya aku dicipta. Aku pasti telah tertulis di luh mahfuz namanya. Bukan aku menyerah takdir tapi aku benar-benar yakin kepada-Nya.

Hari konvokesyen adalah hari yang dinanti-nanti setiap insan yang bergelar mahasisiwa. Sejak melangkah ke menara gading, aku tak pernah berhenti membayangkan hari konvokesyen yang gilang-gemilang yang bakal aku hadiri sebagai seorang siswazah. Hari itu pasti mengukir sejarah manis dalam diari setiap insan yang melaluinya. Siapa sangka pada hari itu aku menerima lafaz keramat yang selama ini ku nanti.

“Saya...saya.....sudikah awak menjadi isteri saya?” aku disunting dalam barisan beratur menunggu giliran untuk naik ke pentas. Wajahku merona merah, jantungku yang dari tadi berdegup kencang kerana terpaksa berada di hadapannya dalam barisan itu semakin dipalu-palu rasanya. Aku diam. Hilang punca untuk berbicara.

“Saya anggap diam tanda setuju. Insya-Allah, dalam minggu depan ibu bapa saya akan bertandang ke rumah awak. Awak tak perlu risau, saya sudah mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap,” lancar bicaranya. Lidah ku kelu sama sekali. Tentu sekali tidak menyangka ada sejarah lain yang bakal terukir dalam memoriku hari ini selain majlis konvokesyen yang penuh berprestij.

Aku tak tahu apa perasaanku saat ini. Segala bercampur-baur tidak menentu. Aku bimbang hilang konsentrasi sedang aku bakal naik ke pentas dalam beberapa minit lagi. Aku mengosongkan minda kecuali bergumam di ruang fikiran, ‘janji Allah itu pasti’.
bkn hasil karya saya.. didownload dr www.scribid.com
lepas tu saya edit sket.. sbb cerita dia panjang.. so, jd la mcm ni..
semoga kita bleh ambil sesuatu dr cerita di atas..

Saturday, April 4, 2009

kenangan ~ praktikal

short sem bg students uia ialah musim praktikal..
so for this coming short sem.. batch 052, 053, 061, 062 akan bt latihan prkatikal..

so, tergerak di hati nk cite psl my experience ms praktikal dl..

utk bekalan adik2 junior yg nk praktikal for this coming short sem..



sy menjalani latihan praktikal di jabatan meteorologi malaysia, kuantan.. kat mn tu ea.. kat gambang, dlm kem TUDM...

bersama2 ngn j hamzah n fiza(muar)..


mula2 nk masuk kawasan keje nie..

kena berenti kat pndok provos TUDm dl.. kena ambik pass masuk.. senget btl.. gatal plk tu diorg nie.. mcm jenis x nmpak perempuan.. tp ader jgk yg baik.. yg jenis nakal2 tu sket jer..


fisrt task kena bt bl msk opis kena key in data wearther utk tiap2 hr.. nie mcm dah jd keje harian ler.. bleh tau wearther seluruh m’sia nie mcmn.. hehe.. data ni utk kira key performance indicator (KPI) service yg MMD bt..


pahtu br lar bt keje lain2..


klu officer kat cini suruh bt forecast weather utk negeri phg, klantan n trg br lah buat.. biasanyer kena siapkan before 11 a.m.. nk forecast weather nie kena tgk byk benda.. arah angin, tompokan awan, taburan ujan, humidity.. mcm lg la..

KDG2 KENA BUAT CODE UTK tudm terbang.. tp wit observation n guided la.. nnt x pasal2 ade kapal terbang terhempas..

hehe..


pahtu br lar bt keje2 ln lg..
kdg2 xder keje pun..

cuma time tu sibuk psl ISO and kena bt KPI..

byk jgk lar kena bt.. huhuhu.. smpai lupa mkn tghari… huhu.. sebut ISO ni mcm2 lar kena bt.. report ISO, Graph customers feedbacks..

KPI plak byk kena kira.. coding utk org TUDM terbang la, coding ade tiga jenis.. ARFOR, ROFOR, TAFOR.. smpai skrg x leh nk beza lg ape tu ARFOR, ROFOR, TAFOR.. tau nm panjang je.. tp mcm dah lupa..

Phtu kena kira upper air wind chart.. upper wind chart nie mcm peta malaysia.. pahtu kat point2 tertentu ade arah angin dia..

tp lepas ISO n KPI kena anta dah x byk keje.. bleh rest.. hehe..


tp best lor duk cini..


opismate pun baik.. blaja mcm2 dr diorg.. thanks encik2 n akak2 kat opis..

miza, milah, mazurin, bayah, kak nita, cik sally, en wan, en lan, en brahim, en kamsan,pn nana, en mad noor, en hamzah, en lim, en zul, en basir, en tapa, en adnan, en ghazali, en nazri, en ishak, en mumim, en hamzah n kak faridah n ln2..


rsnye kat situ sy x pn apply optics , financial math, statistik.. tp apply knowledge of mathematics.. sbb kira byk benda..

klu optics pun.. sistem yg kira.. sbb radar yg digunakan utk detect tahap berat awan pun guna sistem.. radar nie apply teori pasal reflection.. since bl gelombang yg radar tu anta kena awan, so, dia akan reflect berat awan tu mcmn..

lg satu, teropong yg di gunakan utk kira kelajuan belon yg dilepas kan.. belon nie dilepas kan utk kira kelajuan angin.. utk kira nie, kita pakai focal length.. focal length nie kita adjust kat teropong tu.. selagi nmpak belon kat teropong tu, selagi tu lar kita tgk focal lenght dia n masa dia.. so, bleh lar kita tau kelajuan belon tu..

tp ms praktikal tu, kitaorg x bt pun yg belon tu.. kitorg x cukup mahir.. nnti x pasal weather satu negara salah kira..

pesanan utk junior2.. ms praktikal byk benda yg kita bleh blaja.. suasana kerja yg mungkin kita x pernah tau..

ms nie la, nk apply knowledge n blaja lg byk knowledge..

ilmu bkn pasal blaja pun bleh.. org2 kat opis nie, kdg2 suka bg nasohat.. nasihat nie laa yg sy rasa amat bermakna..

p/s: kpd junior.. rasanyer korang bleh dah kut start mintak senior punyer report punyer report praktikal.. nnti ktorg dah blah.. xde sources plk korg.. klu xnak cntoh, xpe.. hehe..

Wednesday, April 1, 2009

kawan atau bukan?

Assalamualaikum..

Prnah x korang tgk cite my heart.. A little big boring story… tp x tau lar ngape aku nangis tahap giler time tgk cite tu..
Tp aku rasa mgkin aku terpikirkan sesuatu kut.. pikirkan pasal prendship yg rosak sbb sekeping hati..

Sayang bila di pikirkan prendship yg dah lama ni, rosak tb2 bcos sekeping hati yg mula anggap prendhip is more than dat.. Rugi plak..
Tp tu lar hakikat nyer, bl dah byk kali share masalah sm2, habiskan ms sm2 maka tak mustahil wujud perasaan yg tak diduga tu..

Sbb tu Dr Tuah (aku peminat dia) ckp jgn kwn rapat ngn opposite gender utk elakan perasaan nie.. tp ader jgk yg tak pernah wujud perasaan mcm nie..

What we should do if benda nie happen?
Wujud perasaan ln utk kwn sndiri..?

Nak ckp, takut btepuk sebelah tangan.. klu tak kena reject nsb baik lar, tp klu kena reject mampu ke prenship tu okay mcm dulu?

tak ckp nnt, pergh dah x larat nak simpan perasaan..

Klu gurl yg simpan perasaan.. pergh. Lg lar haru.. mmg tak terluah lar kut perasaan tu.. tp ader jgk yg berani luahkn.. gurlz skrg dah x mcm dl. “malu + takut + segan..”
Tp tak ramai yg mcmnie.. Mgkn bleh dihitung, bleh dikira bilangan yg berani nie..


Klu lelaki plk.. mgkn x cukup yakin utk bg tau to dat gurl… takut kena reject maybe or maybe confius ngn hati sndiri..

So bg aku.. diulangi.. bg aku .. if terjadi lar situasi cam nie..

1) Recheck if rasa sayang yg wujud tu as a prend or more dan dat..
Kdg2 tu kite terkeliru between sayang as a prend or lebih…

2) Bl dah yakin mmg perasaan tu lbh, so bg tau lar cepat2..


Ingat “alangkah ruginya klu kiter xsempat bgtau org yg kita sayang yg kita sayang dia..
sblum kita@ dia tutup mata or mgkin sesuatu yg lg hebat happen.. maybe..”

3) And after that hepy kanlah org yg kita sayang tu..
Happy aper buat org yg kita sayang happy?

I’m happy to do that everyday.. :-D

Klu kena reject..

Its okay lar.. sekrg2nyer kita dah bgtau dia yg kita sayang dia n sekurang2nyer kita dah tunaikan hak hati kita yg meronta2 ingin meluahkan tu..

Teringat plak aku ayat from my prend “ mencintai tak semestinya perlu memiliki”

kisah cinta Khadijah

sy amat2 suka membaca.. tp sy tiada ms utk membaca.. sebuah buku yg sy beli dh lama.. awal sem nie kut klu x salah.. tajuk dia “kisah cinta khadijah”..

disebabkan kesuntukan masa, sy hanya mampu membaca sedikit demi sedikit..
setelah agak lama x buka buku tu.. tergerak dihati nk smbung baca..

disaat perlukan semangat n sokongan ini, membaca buku adalah salah satu cara yg bagus utk dptkan semua itu..

wah.. sy mmg yg termotivated..

apa yg sy nk kongsikan kat sini.. khadijah adalah seorg wanita yg agung.. isteri yg solehah.. sabar, tabah membantu Rasullulah utk dlm menyebarkan agama Islam..
terasa bersemangat setelah baca buku tu.. mahu jd seperti khadijah klu bleh..
semamngat nya amat sy kagumi.. Subahanalah.. Tuhan Yg Maha Agung, sgh hebat kuasa Nya kerana mencipta Khadijah..

khadijah la wanita yg menerima salam secara terus dr Allah.. betapa istimewa nye khadijah..

pesanan sy utk wanita di luar sana.. jd lah sprti khadijah..
pesanan sy utk lelaki di luar sana.. didik lah wanita agar mereka dpt menjadi sprti Khadijah..

ingat.. wanita yg baik.. utk lelaki yg baik.. jd klu nk lelaki yg baik.. u gurls.. harus jd wanita yg terbaik..
utk ingatan diri sy sendiri jgk..