Friday, July 8, 2011

sbb apa kena ke sekolah..

perbualan antara dua org bdk 5 thn n sy..

d:  cikgu bila nak balik..
me:  np nak balik.. x best ke skolah..
IZ:  tau..  kan kat skolah best..ada warna2, gunting2.. kat umah mn ada org ajar kita buat mcm2..
d:  kat umah ada TV..

pentaksiran sy :

seorang kuat tgk tv.. seorang x suka tgk tv..
sorg suka ngn aktiviti kt skolah.. sorg lg x suka aktiviti kat sekolah..
seorg motivated.. sorg lg xmotivated..
btl ker?

ibu bapa zaman skrg..

aduih..
baru2 noe dpt ayat pedas dr parent.. tu pn anak dia yg ckp..
"cikgu.. mak kita kata, cikgu bodoh br ajar baca 'ba'"



aish.. terkedu jap bila ayat tu keluar dr bdk umur 5 thn..
nk salah kan si mak..
nie msti dia dgr dari mak dia..
kita bkn men ajar lg kat anak dia supaya jgn guna ayat2 kurang sopan..
skali mak guna dpn anak dia..
aish..
nie bkn salah cikgu yang x pandai ajar nie




sblm nie bdk nie pernah cerita psl mak dia rotan dia sbb  x pndai membaca lagi..
lps tu, sy tanye la..
bahagian mana yg mak dia suruh baca..
anak dia pun tunjuk la..


humm..
kesian dkt si anak..
tekanan dr mak bapak..


kawan2 jgn jd mak bapak mcm nie tau..

Monday, June 27, 2011

si guru cilik..

hari nie di tegur oleh seorang kanak2..
di tegur sbb apa?
kerana cara pemakaian tudung yang x berapa betul..

nak tau apa?
hari pakai tudung, tapi pin kan kat belakang leher.. jadi.. mgkin  nampak batang leher..
terima kasih si cikgu cilik..
"mak saya kata x baik pakai macam tu.."


bukan tudung nie.. hehe..

Monday, June 20, 2011

belalang menjadi mangsa..

mggu nie dekat sekolah bertemakan serangga dan burung..
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan..
saya bawa lah seekor belalang daunn seekor mentadak..

bukan main  excited lagi pelajar kelas..
jarang tengok belalang life agaknya..

mcm2 reaksi yg ada..
ada yang nak mintak bawak balik..
ada yang takut..
ada yang marah bila bagi cikgu kelas lain pinjam belalang tu..
ada yang nak lepaskan belalang tu..


belalang daun tu mcm nie tapi warna hijau


kanak2 mudah belajar dan menyerap maklumat dengan benda2 maujud sebegini..
secara live mereka dapat melihat sendiri dengan menggunakan barang2 maujud sebegini..
boleh mengira berapa pasang kaki serangga..
mengenal nama..
mengenal warna serangga..

p/s: penjaga sekalian.. jgn risau kalau anak anda aktif meneroka.. dunia kanak2.. memang byk yg ingin diketahui.
.


Wednesday, June 15, 2011

belajar tentang kanak2..

30 mei -10 june baru2 nie ada pergi sebuah kursus.. "kursus guru2 prasekolah swasta"
mula2 masa kena tahu kena pergi tu..
mmg cuak semacam.. sbb 6hb nk bt kenduri, lps tu pihak pejabat pendidikan bg cuti 6hb je..
hoho.. apa kes...

last2.. bila dah tahu schedule.. 4-5hb xde kelas..
so rasanya sempat la nk bt preparation utk kenduri tu..

ms berkursus tu.. mmg rasa sngt beruntung sgt..
sbb.. ilmu yg diberikan tu sgt345 berguna..
bkn utk mendidik pelajar kelas shj..
tapi.. untuk mendidik anak sendiri jgk..
lagi satu ilmu parenting yang sgt berguna..
sbb apa..
sbb ada belajar pasal perkembangan kanak2 dari bayi smp la 18 thn..

fuh...
"masih teringat diolog bersama seorang kawan.."

a:   mujur kita dtg cini kan?
m:  erm.. tu la.. ni bkn psl nk ajar bdk2 tadika je.. pasal anak2 pn ada..
a:   mmg sesuai utk kita.. umur kena kawin..

Friday, May 27, 2011

my new life

lama x update blog nie..
dah 2 bulan x update..
macam2 yang tejadi dalam dua bulan nie.. sbb tu la x de masa untuk update blog nie..
bulan 4 br nie baru stat keje..
hurmm.. smemnjak bekerja nie.. waktu rehat mcm sikit je..
skarang dah dkt 2 bulan bekerja..

best.. walaupun rasanya mcm pening2 lalat sket ngn kerja nie..

ok.. itu sj utk entry pembuka semangat setelah lm x berblog..

Tuesday, March 29, 2011

my homemade coklat..

tadi.. bt part time kat MTBE... lepas keje, singgah kat sebuah kedai kek.. masa tu mmg xtau nak beli apa..
masuk kat situ ternampak barang2 untuk buat homemade coklat..


sebelum nie pernah jgk tgk kat youtube, blog, facebook cara2 buat coklat.. jadi macam teruja sedikit untuk buat coklat sendiri nie.. pahtu try tanya adik kat kedai tu macamana nak buat coklat nie.. pahtu dia pun citer la.. rupa2nya cara yang dia ajar nie lagi senang dari cara yang saya baca katinternet sebelum nie..


saya pun apa lagi.. membeli belah la barang2 untuk buat coklat tu..
takut jugak, kuar duit beli barang, tapi x menjadi..

lepas tu, sampai umah, salin baju terus buat coklat nie..
masa tu orang lain xde kat umah.. ada saya sorang je.. jadi mudah la saya utk buat eksperimen nie..


akhirnya.. Alhamdulillah, menjadi jugak coklat tu.. sedap makan..


my sister: nie mesti bukan buat sendiri, kakak beli kat kedai masa balik keje tadi kan?
me: x caya la tu org buat.. xpe2..


seketika kemudian..


my sister: kak .. nanti klu emi kawin, kak buat coklat nie kat emi ea..
me: haha.. td duk kata kat org sgt.." tapi ckp dlm hati je".. haha..

p/s: x rugi try n error.. klu try tu menjadi alangkah bestnyer.. sebelum nie try buat mcm2.. like my mum said "kakak nie.. selalu try masak pelik2.." hehe... x salah mencuba..

Monday, March 28, 2011



sebab xleh bising2 kat fb.. jd nak lepas rindu kat blog..
haha.. 
xkisah nak marah..
 janji i lega bila post kat cini..


saya degil.. kerana saya cinta kamu hari2..


 saya tak rindukan kamu seperti tulisan di pantai.. kerana tidak mahu
 hilang dilanda ombak..


 mahu kamu bersama saya selamanya..




tggu kamu untuk penuhkan 'puzzle' nie.. 


 semoga surat rindu ini sampai pada kamu..

bertunang xperlu dihebohkan..

ada terbaca sebuah buku.. tertulis di dalam buku itu..


"rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) pernikahan." {Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair Radhiyallhu 'anhu, dan di sahihkan oleh al-Albani didalam Irwa' al -Ghazali.}


mula2 baca.. dalam hati berkata..  "eh.. biar betul.. patut la ramai yang senyap2 bertunang.. tup2 kawin.." 


masa tu terbayang sorang dua kawan, yang xgembar gemburkan pasal bertunang.. x mcm setengah org.. letak gmbr kat fb, status kat wall fb.. pahtu publish status enggaged..






krn excited utk mengatahui reasons sesuatu yang saya baru ketahui... saya menggoogle internet bagi memastikan perkara ini, selain membaca sebab2 yang di nyatakan di dalam buku itu..






kebaikan @ sebab @ hikmah @ faedah yang pertama:

ulama menegaskan antara sebab utama pertunangan itu tidak dihebah2kan ialah kerana untuk menjaga nikmat pertunangan itu daripada dirosakkan oleh hasad dengki manusia.. 

biasalah manusia.. bila tgk seseorang dpt berita baik, pasti ada suatu yang buruk di dalam hati..



yang kedua


merahsikan pertunangan ini dapat menjadikan kita terkawal dari melakukan sesuatu yang buruk.. kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan nafsu.. bimbang sekiranya tiket pertunangan ini menyebabkan mereka bebas melakukan apa saja..



p/s: Islam itu memang indah, harum, suci.. pasti ada sesuatu sebab yang tersembunyi setiap suruhan atau larangan..

Saturday, March 26, 2011

jagalah dia untuk saya..











Dia yang dekat di hati saya..



Tapi jauh dari mata...



Sesiapa yang hampir dengan dia..



Tolong...


Jagalah dia untuk saya...


Terima kasih semua =)








p/s:maaf susahkan kamu.......






cuak punya pasal smpai x nak ambik result..

berkenaan my sis yang sorang nie.. candidate SPM 2010.. result keluar pada 23 march 2011 br2 nie..
dia mmg dah ambik cuti utk ambik result dia pada hr tu..


tapi.... punya la dia x semangat n cuak, smpai x nak ambik result..
puas dipujuk.. push diberiberi semangat.. tetap xnak..
saya siap cek result dia trough SMS utk tau result dia.. "tp cek trough SMS cuma keluar berapa A, B.. x tulis subjek ape.."
tapi dia x nak jugak ambik result dia..


sebab ma n abah semangat sangat nak tau.. tapi dia tetap x nak pergi ambik result dia..
ma pun suruh la saya si kakak yang baik nie gi ambik result dia..
nasib baik la familiar ngan sekolah tu.. jd xla segan sangat..


mula2 gi dewan.. cikgu kelas lain seme ada kat situ.. dia je xde..
sbb cikgu kelas dia xde, kena gi opis..
aish.. x suka sangat gi opis skolah tu.. sbb.., staff skolahtu suka gosip kan ngn sorg staff kat situ.. "dulu pernah jd cikgu ganti kat situ.."
tp kena jgk pergi opis.. tahnks God.. staff xde kat situ.. mkn maybe.... haha..
selamat dari gosip liar..


penolong kanan kat skolah tu suruh pulak gi cari cikgu kelas.. sbb result xde kat opis..
cari cikgu kelas kat bilik guru.. xde pulak cikgu nie..
pahtu cikgu akt situ suruh gi cari cikgu tu kat kelas dia mengajar..


aish.. satu hal plak nk cari kelas..
w'pun pernah mengajar kat sekolah tu, tapi.. Map utk cari kedudukan kelas tetap fail..
cari punya cari.. masa tu ingat macam nak balik je.. dh xnak ambik result adik..


cari punya cari lagi..
Alhamdulillah jumpa.. tercapai jgk la mak nak tgk result adik..

p/s: utk adik.. u owe one more time.. haha.. nsb baik math u A.. i x kisah yang ln.. yang pasti i tgk math.. haha..


lagi satu.. w'pun u pesan dkt i suruh balik terus n jgn ckp ngn saper2 masa ambik result tu.. tapi disebabkan i kena 'merantau'utk ambik result, i jumpa ramai org.. jd..... u fhm2 je la kan.. haha..

Wednesday, March 23, 2011

Mencari pasangan?

PETUA MENDAPAT PASANGAN.. 

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

sumber: news @ feryco

Monday, March 21, 2011

musim kawin..

cuti sekolah mmg dah dicop sbg musim kawin juga..
walaupun cuti sekolah seminggu je.. ramai yang pakat kawin..
dalam satu hari tu, mau nye dpt 5-6 kad jemputan..
nak2 skarang nie musim kawan2 kawin.. lagi laa byk kad jemputan yang dapat..


my cousin ade yang kawin masa cuti sekolah br2 nie..
byk benda yang jd..


 masa sebelum nikah dia kena marah ngn juru nikah sbb mintak mas kawin cm rm100.00++.. jurunikah tu suruh bt rm1000.. last skali dia terpaksa akur ngn kehendak jurunikah tu..


masa hari kenduri.. org yang janji nak siapkan pelamin, hantaran, serta bwk baju pengantin, xdtg2..
so.. mmg masa tu kelam kalut sket.. kesian dia..
bleh la plak kan org tu bt mcm tu.. alasan org tu senang je.."byk umah dia kena pergi.."
klu dah tau byk umah nk kena pergi.. jgn la snggup nak bt..


pagi tu masa duk tlong siapkan psl kenduri ni.. ingt nak balik umah jap.. sepupu mcm sedih jer.. mcm xbg balik..
tapi kena la balik umah jgk.. sbb nak gi ambik adik2 lagi kat umah..




mujur segalanya berjalan lancar.. masalah2  yang wujud tu berjaya diselesaikan..
dia patut beruntung.. sbb dpt sepupu yang power n bleh selesaikan probs dia serta jd penenang hati disaat dia sedih masa segala short coming tu wujud.. haha.. ada unsur bangga di situ..

p/s: berhati2 pilih wedding planner..
mintak2 la x jd kat diri sendiri lps nie..

Wednesday, March 16, 2011

pelik..

pelik.. dh dua kali gi jumpa doktor.. dan dua2 doktor nie kata suhu badan okay.. xdemam..
tapi rasa macam badan nie sejuk jer..
klu ikut kan start demam n batuk n selsema nie 5hb mac.. skrg dah 16 mac..
13hb br nie.. pegi lagi jumpa doktor..
so.. doktor nie suggest kan suruh gi cek darah..
ok.. small matter for me.. sy nie bukan jenis takut darah dan takut jarum..

tapi result darah mengatakan  darah saya ok.. xde la demam dengggi ke.. kecing tikus ker...


aishh..
mcmn nie?
bdn duk panas sejuk panas sejuk..
atau perlu ke pergi berubat kampung..
hari tu pgi2 buta saya dengar suara pelik..
mlm sebelum tu, my dad ternampak lembaga gelap kat laur umah, tepi bilik..

aishh..

Ya Allah..
Aku berlindung dengan Mu dari segala kejahatan manusia dan kejahatan syaitan.. ameen..

Friday, March 11, 2011

friend cuba jd match making..

sibuk sket 2 -3 mggu nie.. byk benda nk citer.. 
tp xde masa la plak..

borak ngn kawan kat sekolah..

 A: ada org suruh A tanyer nie..
me: mende? "dlm hati dah dpt agak apa yang dia nak tanya.."
A: ada org berkenan dkt mi nie.. dia suruh tanyer..
B: saper
A: ..... "sy xdgr apa yang si A ni jwb, masa tu kepala duk ligat berfikir mencari jawapan yang sesuai.. jd xfokus apa sgt apa yang A ni kata..."
B: dia sgh2 ker.. klu dia x sgh2 jgn tanyer.. nie x sgh2 tp duk sibuk suruh org tanyer..


fuh.. nsb baik si B  ni jd penyelamat.. jd xpyh la sy jwb apa yg si A tanyer tu..
nmpak mcm si B ni kenal ngn org yg bertanya tu.. 

betul jgk apa yg B kata.. klu x sgh2 jgn tanyer.. klu sgh2 baru bertanyer..
tp mcm tu cara bertanyer..
kena tanyer tuan punya diri dulu atau tanye mak ayah terus..
ish..
mcm rumit jgk adat2 nk bertanyer nie..


ada sebarang idea atau cadangan utk adat2 'bertanyer' nie? biar lelaki2 skrg tau sket mcmn cara utk 'bertanyer' dgn betul..
atau mgkin bleh kongsi pengalaman masing2..

Monday, March 7, 2011

keje owh keje..

td dpt satu kol suruh gi interview..
maka dengan rajin nyer pegi la..
ok je.. senang je soalan dia..
tapi yang susah nak explain.. pasal course saya nie..
Bachelor of Mathematical Science..
soalan biasa.. pendidikan ker..
eh.. kos saya nie bukan pendidikan yer..
jenuh jgk nk bagi tukang interview fhm..
sesi tu berjalan dgn lancar..


lps je interview tu.. dpt satu kol..
mmg murah rezeki bulan nie.. rupanyer kol nie nak bagi tahu yang saya dapat keje kat tempat lain..
baru je lps interview, tapi dapat plak offer yang lain..


alhamdulillah.. dimurahkan rezeki.. Terima kasih Allah..

p/s: org kata bila nk kawin, rezeki akan mudah bertambah.. hehe.. amin.. moga2 dimudahkan jalan..

Sunday, March 6, 2011

warna warni

lama x tulis.. dah jd blog berhantu..


maaf kpd yg selalu dtg.. tp x de post baru..


ok.. sebagai kenangan..
mahu bercerita mengenai smbutan Mailudur Rasul baru2 nie..


gmbar event mewarna je yang ada.. klu ade gmabar @ video masa berarak tu kan best..
ok.. slamt mencucui mata..


bila si emak juga nk masuk pertandingan..



tekun kanak2 nie mewarna





colour, jgn x kaler..



p/s: seorang kanak2 bertanya.. mak, bila adam bleh berarak lagi.. adam suka.."
kanak2 mmg suka berarak sempena maulidur Rasul..
terasa sebak bila memulakan ayat pertama masa berselawat beramai2 tu.. hmpir menitis air mata ini..


terkenang ayat seorang ustaz " klu Rasulullah ada skrg, kamu ingat Rasulullah suka cara kamu berpakaian.. klu Baginda x suka, kamu ingat kamu senang dpt shafaat Baginda nnti masa akhirat?"

Wednesday, February 23, 2011

ikut jgn x ikut..

semalam.. dlm kul2 ptg.. pergi kedai..
balik dari kedai ternampak seorang kanak2 prmpuan baru balik sekolah.. jalan kaki..
terdetik di hati..
kesian adik ni jalan kaki sorang.. bwk beg berat plak tu..








huhu.. beratnye bawak beg nie.. xde org nk tumpangkan ker? huhu..


me: dik.. umah kat mana..
adik comel: depan tu.. dekat kedai dpn tu..
me: dekat ngn surau tu ke..
adik comel: erm..
me: meh naik motor ngan akak.. akak hantar..


apa salahnya berkongsi kalau ianya perkara baik.. sekali sekala nak jgk buat baik.
kut adik nie ada abg hensem.. kut2 dia ckp kat abg dia "abg, td ada kakak cantik tumpang balik.. abg la yang x ambik org balik sekolah.." naik saham i.. haha..




bdk tu pun naik la.. bonceng kat belakang.
laju jgk bdk nie naik.. xfikir lama pun nk setuju.. dh penat kut jalan.. tghr plk tu..
bl dia naik tu.. sempat jgk la pesan.."dik.. lain kali kalu org laki ajak tumpang jgn naik tau.. org prmpn xpe.."


dah sampai kat umah dia pun.. sempat lagi pesan kat dia..
"jgn naik tau kalu org laki ajak tumpang.. ingat tu.."
byk kali kut saya pesan.. 
bimbang jgk.. bdk nie mcm senang je ikut.. bdk lelaki kampung saya nie bkn bleh percaya sgt.. kan dia bt ntah ape2 kat bdk nie..


teringat kat bdk2 yang kena culik.. Arwah nurin, adik syarlene..
mintak2 jauh la seme benda tu kan..
kesian.. 






p/s: dulu masa duk berjalan kaki kat dlm uia, pergi n balik kelas.. bl nmpk kereta kosong, selalu kutuk kereta tu.. xpandai nk tumpangkan org.. hehe.. teruknya..

Monday, February 21, 2011

tempat apa korang pergi bila........?

memandangkan emosi skrg agak tidak stabil..
huh.. memang serabut .. memang sedih..
setiap orang ada cara yang berbeza untuk atasi kemurungan masing...
bagi saya ada dua tempat yang akan saya pergi bila tension atau sedih atau kemurungan..

sungai..
naper sungai yang jadi pilihan..? xtau la.. mungkin bila jumpa air.. sejuk je memandang sungai tu.. hati pun jd sejuk je.. masalah pun macam mengalir pergi seperti mana air sungai tu mengalir..
kat kampung saya nie dekat ngan sungai.. dulu masa sekolah selalu gi kat sungai bila ada masalah..
lps sekolah pun macam tu..
klu kat uia.. saya gi je tengok mana air sungai, air tasik.. duk kat tepi2 tu.. renung air tu jauh2... kdg2 nmpak byg sendiri dlm air..

library..
nak tahu mana saya pergi hr nie?
tempat ni paling last saya pergi masa form 3, tak pun masa form 2..
saya gi perpustakaan desa kat kampung saya.. lama sangat x pergi.. td saya pergi.. akak yang keje kat situ masih sm 12 tahun yang lalu..
kedudukan meja dan kerusi, saya dah lupa.. masih samam atau dah berubah..
saya sampai kat perpustakaan tu.. terus saya ckp kat akak tu..
"dah lama kak saya x dtg cini.." sambil renung satu2 ruang2 kat perpustakaan tu..
kaku berdiri memerhati..
mgkin akak tu pun perasan..
"bdk nie senget ke ape hr tu.."

saya terus buat kad membership... nak pinjam buku... cari buku untuk sejukkan hati sendiri..

masa sekolah dulu pun hari2 saya gi library sekolah, klu library tu x tutup..
masa kat uia dulu pun saya selalu pergi library..
xtau la knp.. library tu byk ilmu kut.. mcm aman je duk kat gedung ilmu tu...


p/s: harap2 emosi saya kembali stabil dengan sempurna tanpa sakitkan hati siapa2..



kosong

org tahu..
org  mintak awak balik bulan 3@4..
tapi masa tu awk kata xjd utk event bulan 6..
ingat lagi awk ckp"eh, bkn kata xbleh bt ms bulan 6, byk kenduri ms tu.. nnti balik xleh jmpe jgk sbuk ngn kenduri.."
sbb tu org mintak awk balik bulan 3@4.. sbb org rasa org mmg xdpt tahan rindu utk tggu awak balik raya bulan 8..
phtu org mintak awk blk bulan 8 lg sekali.. bleh raya sm..

pahtu awk kata..
event kita tu "klu buat bukan musim cuti xpe x..."
phtu org kata la kat awak.. blk la bulan 6. xpyh balik bulan 3@4..

org tahu.. takkan awk nk balik bulan 3@4, bulan 6, phtu raya mesti awk nk balik lg.. sbb tu org kata mcm yg kat atas..

phtu awk kata kat org, org ckp belit2.. kejap suruh balik bln 3@4.. phtu balik bulan 6.. phtu balik bulan 8..
org ke awk yang ckp belit2.. kejap ckp jd.. phtu ckp xjd..


lg satu dah byk kali awk ckp.. sbb org, awk keje jauh..
org rasa mcm org nie susahkan awk je, smpi awk keje jauh2 utk cr duit..

awak.. org tahu org byk susahkan awk..
awak bt la apa yang awk nak.. org xkisah la awk nk balik bila.. biar la
org simpan rindu nie.. ikut awak la nk balik bl..

org dh putus asa.. org sedih.. org tahu sape org.. org  xlayak utk awk..

Sunday, February 20, 2011

hasil kerja Pemuda n Muslimat

sempena Maulidur Rasul, kampung sebelah ada buat sambutan Maulidur Rasul..
memang meriah..
ada macam aktiviti.. prog sambutan ni gabungan antara pihak masjid, KAFA, PASTI kampung tu..
kampung saya x aktif sangat pasal aktiviti2 nie.. jd join la kampung sebelah punya aktiviti lagipun saya sebagai cikgu KAFA kat situ, kenalah handle prog tu jgk..


program pertama yang dihandle setelah abih belaja!! masa belaja dulu aktif dan berderet2 program yang kena handle..


mula2 tu.. smpai dlm kul 7-20.. patutnya kena smpai dlm kul 7.. hehe.. 
smpi kuarkan brg2 hadiah utk segla mcm contest tu..
lps tu kena susun bdk2 nie utk perarakan Maulidur Rasul..
dlm kul 8.45pagi kami berarak.. ada 5 kumpulan perarakan..
sekolah pondok, KAFA AL EHSAN,PASTI, KAFA ADAM DAN HAWA, PAHTU PENDUDUK KAMPUNG..


terasa sebak masa berarak tu.. masa selawat yang pertama tu terasa lain macam di dalam hati.. xtau kenapa rasa mcm tu..
jauh jgk perarakan tu.. abis berark dlm kul 9.15..
klu 9.30 ade pertandinagn mewarna.. ramai jgk.. happening.. semangat masing2 mewarna..
kemudian ade pertandingan sepanduk, pertandingan azan, pakaian kanak2,persembahan..


p/s: bila parti Biru ajak masuk tournament, saya join..
bila parti Ijau ajak saya buat prog, saya join.. hehe.. nak buat macamana.. saya xkisah.. yang pasti jangan kaitkan politik pasal pergaulan tu.. kita kan jiran sekampung.. sama2 bekerjasama.. sama2 hidup bermasyarakat..