Thursday, December 30, 2010

teman saat mandi..


seme orang suka mandi kan.. jom usha2 tip pilih sabun mandi.. haha.. jgn pandang rendah okay..





sabun yang pelbagai.. tapi tahu ker kita pilih yang mana satu?




ketahui jenis kulit anda
klu jenis kulit kita nie sensitif.. seboloeh2 nya kita pilih sabun yang berasal dari bahan organik.. contoh dari lidah kulit buaya a.k.a aloe vera,olive oil,vitamin e dll.. khasiat2 organik nie akan meberikan khasiat yang secukupnya kpd kulit anda..
klu yang jenis kulit berminyak pilih sabun glycerin or sabun noncomedogenic.




perhatikan bhn yang tidak sesuai untuk kulit..


ni bagi mereka yang mempunyai alergi, anda harus melihat bahan2 yg anda alah ye..
nnti x pasal2 kulit merah2, gatal2..
sekiranya kamu alah pada wabgian, sabun buku adalah lebih sesuai berbanding sabun cecair a.k.a shower cream..






aroma wangi
sabun beraroma buah buahan sesuai digunakan pada waktu pagi untuk membangkitkan semangat.. bagi sabun aroma bunga bungaan baik untuk memberikan kesan pada mlm hari...

Wednesday, December 29, 2010

2009+2010 = 2011

2011.. huhu.. dah nak 26yeras old... mcm xdpt terima kenyataan je..
sebagai penutup 2010 nie.. nak bercerita apa yang terjadi tahun ni.. sebagai ingatan...
tapi since 2010 ada kaitan dengan 2009.. jadi nak bercerita sedikit menganai 2009..



2009

1)grad di uia kuantan... setelah lama berlajar.. "6 tahun tu.."



2)convocation saya di uia gombak..

3)convocatioan adik di uitm s alam..

4)kakak tunang dan kawin..

ma kata tahun ni tahun banyak berjalan dan pakai duit.. sebab gi konvo dan kenduri tunang dan kawin..



5)1st time kerja.. jadi guru sandaran dekat sekolah yang ramai sangat cikgu2 yang mengajar diri ini masa sekolah dulu..masa nie baru tahu apa perasaan cikgu2 dulu masa mengajar diri ini..





6)adik excident... sampai sekarang.. orang yang langgar adik saya x datang melawat dan mintak maaf.. dia cuma datang masa excident hari tu cakap "kereta saya nie jenis mahal nak baiki.."
teruk.. adik masa tu duk dalam wad kecemasan lagi untuk dirawat.. kitaorang duk kalut fikir pasal adik dan dia menambahkan kekalutan tu dengan minta duit dan cakap kereta dia mahal.. chit porah! manusia... tgk la nnti kena kat diri sendiri..





2010

1) 1st time ajak FH datang umah dan terus kenalkan kat ma dan abah..



2) duk ulang alik gi hospital.. untuk check up adik.. macam2 peristiwa kat hospital..



3)abang ipar 1st tetiba sakit kaki.. saraf kut.. xleh jalan.. 2-3 bulan jgk..

4)abang ipar 3rd pun masuk hospital jgk sbb saraf jgk.. tapi nie tangan.. bukan kaki macam abang ipar 1st..



5)permintaan last arwah nenek suruh saya buat sesuatu 9 thn yang lalu baru tahun nie saya bgtau ma..
sangat bersalah sebab x tunaikan permintaan arwah masa arwah ada dulu..semoga arwah tenang dan dicucuri rahmat di sana..



6) anak murid saya yang saya ajar tahun 2009, meninggal..
arwah ada jumpa saya dan minta maaf sebelum arwah meninggal..
sgt sedih.. saya sempat terdetik dihati masa dia jumpa saya.. "nak mati ker mintak maaf nie.."
semoga arwah tergolong dalam orang2 yang beriman..



7)kena temankan adik ke kelas masa hantar dia ke sekolah sebab, dia kena bertongkat ke sekolah.. dia xdapat nak bawak beg dia dan buku2 dia sendiri..



8)FH keje jauh.....



2011

harap2..
lebih indah..
lebih cekal..
lebih tabah..
amin.. amin.. amin..

penyakit bukan penghalang cinta!!


kenapa kita perlu merendah diri untuk bercinta kerana belum tentu orang yang berpenyakit itu akan temui ajal dan orang yang sihat itu akan hidup lebih lama dari orang berpenyakit..


yaa.. penyakit bukan penghalang sebuah percintaan.. ingat.. jangan jadikan penyakit itu satu alasan untuk menolak antara keindahan di dunia ini iaitu.. CINTA...


hari tu nak beli majalah.. pilih punya pilih, nampak majalah ni.. topik utama dia "penyakit bukan penghalang cinta.."


pernah saya bertanya seorang kawan, apa pendapat dia sekiranya awek dia ada penyakit.. dia menjawab.. "aku tak kisah.. asalkan awek aku tu terus terang cakap kat aku.."


hm.. terus terang.. saya bersetuju dengan apa yang dikatakan tu.. itu adalah langkah pertama... kalau boleh.. jangan anda sembunyi satu apa pun pengenai penyakit anda kepada pasangan anda..

biar dia menilai sendiri apa yang harus dia lakukan..


tapi..
bila dah sayang.. rasa nya...
kita tak sanggup untuk menyusahkan pasangan kita nanti sekiranya kita yang sakit ini kekal terus bersama dengan pasangan..

seperti diri ini tidak layak untuk bersama dengan pasangan.. seolah2 dia lebih layak memiliki pasangan yang lebih baik, sihat dari diri kita..

bagi mereka yang mempunyai pasangan yang kurang sihat..
ikhlaslah dalam menerima mereka.. jangan sesekali berpura2..


bagi mereka yang mempunyai kesihatan yang diluar jangkaan..
janganlah berputus asa.. anda diuji.. orang yang diuji itu orang yang disayangi..



Thursday, December 23, 2010

kenapa saya tidak berfikir begitu..

"kenapa saya tidak berfikir begitu?"
tajuk sebuah buku.. karya ainon mohd..

tapi bukan mahu bercerita mengenai buku itu..
sekadar mahu menegur dan menasihati diri sendiri..
agar dapat berfikir dengan tenang..
bukan berfikir dikala emosi yang tidak stabil..
apatah lagi bila hormon yang tidak menentu ini..

"org marah selalu rugi.. bila berfikir menggunakan emosi.."
jauhi marah.. marah itu api.. api itu syaitan..
sejukkan diri dgn air..
api lawannya air..

satu cara lagi.. bila anda sedang berdiri bila marah..
maka duduk la..
bila anda masih marah lagi ketika duduk..
maka berbaring la..
bila masih marah lagi..
tidur je la..
hehe..

betul ke petua ni..
xtau.. cuba la sendiri..

Monday, December 20, 2010

takut kawin..

si setan nie teruk la.. x suka tgk umat Nabi Muhammad kawin..
suka jer dia bisikan perkara2 yg bukan2 kat telinga nie..
saje la tu nak bagi manusia nie bergelumang ngan dosa.. phtu x suka tgk umat Nabi Muhammad berkembang.. dengki betul si setan nie...

ish ish.. ingat manusia sekalian.. setan musuh utama kita.. ingat tau.. dia memusuhi kita semenjak zaman Nabi Adam lagi..
jgn terpengaruh dengan hasutan si setan nie..

monolog dgn diri sendiri: jgn la takut nak kawin yer cik aimi nadiah..

Sunday, December 19, 2010

sambung lagi?


saya nie memang minat sangat dengan buku..

semalam sempat keluar..

seperti biasa kedai buku mesti dituju..

dari jauh dah ternampak buku yang dicari..

karya baru novelis kegemaran saya..

ramlee awang mursyid..

tajuk "rayyan fantasi"

beli buku nie sebenanrnya masa kuar jalan2 ngn si FH yg balik semenanjung... sgt seronok dia balik cini dan dapat jgk la spend masa kejap..
ok2..bukan nak citer pasal si FH..



mcm biasa kat belakang novel ade sesi temuramah ngan penulis.. mata pantas mencari bait2 yang nak dicari... cari ape?

saya mencari next buku yang akan ramlee awang mursyid nie tulis..

tapi agak kecewa...

bila dia kata dia nak buat cerita yang ada kaitan dengan novel sebelum2 nie.. kira mcm novel bersiri la.. sbb dia ade kata.. "hijab sang pencinta" adalah novel last mengenai laksaman sunan, tapi selepas tu ade plak dia buta next novel.. tajuk, "cinta sufi"..

nanti dia nak publish "sutera bidadari.."

ish .. saya dah mula bosan dengan novel2 bersiri nie.. alahai..


tapi bila dah minat.. msti nak baca jugak kan..
sebahagian buku2 yang ditulis oleh ramlee awang mursyid.. sebahagian nya juga telah saya baca..
sangat best okay.. x caya cuba baca.. tapi klu anda jenis yang suka novel cintan yg nangis2.. nie karya nie tidak sesuai utk anda.. tapi klu anda jenis yang mahu sesuatu yang fresh, otak berfikir dengan pantas dan laju, bacalah buku beliau... novel2 dia lengkap.. ade unsut agama, kehidupan, mistik, kekeluargaan..

Saturday, December 18, 2010

stress dgn membaca? ya atau tidak?








tersenyum bila saya membaca sebuah artikel dalam majalah Rapi keluaran 1 dec 2010 nie..
ada menyentuh sedikit mengenai amalan membaca.. mengikut apa yang tertulis di sini..:

"sejak di bangku sekolah lagi kita telah didedahkan pada amalan membaca. malah, sehinggalah meningkat dewasa, amalan ini masih kekal dilakukan. kajian yang dilakukan di Sussex University, England membuktikan bahawa membaca dapat merehatkan fikiran dan mengurangkan stress.."

anda setuju.. bagi saya saya sangat setuju..
mengikut pengalaman la kan..
dulu masa belajar.. sangat tension dengan aktiviti kelas, aktiviti persatuan, "temasuk kadang2 aktiviti percintaan jgk..haha.."
ramai kawan2 saya yang mencari saya untuk meminjamkan buku.. ada yang tertekan dgn belajar, tertekan dgn keluarga, tertekan dengan percintaan, tertekan dgn perstuan universiti..
biasa nya mereka akan jumpa saya.. mereka selalunya tidak menceritakan kpd saya masalah mereka..
"aku tensen belajar la.."
"aku clash ngn pakwe aku.."
"aku xleh bawak la paper nie.."
"kak aimi, saya tension arr dengan Mahallah rep Council nie.."

lps mereka ckp pokok utama masalah mereka, mereka akan meminta buku yang sesuai dari saya untuk dipinjamkan... dan saya memang tiada masalah untuk itu.. SEBAB MEMANG BANYAK SANGAT KOLEKSI BUKU2.. HEHE..

jadi..
mengikut pengalaman.. saya memang setuju dengan kenyataan dalam majalah nie.. membaca memang merehatkan fikiran dan mengurangkan stress.. tetapi.. bahan bacaan tu memang harus sesuai dengan masalah2 serta situasi yang dihadapi..

selamat mencuba tips merehatkan fikiran dan mengurangkan stress ini.. semoga berjaya..

jalan2..

lama xgi jalan2 tgk wayang.. last rasanyer zaman blaja dulu kut... nie pun dh nk masuk 2 thn abih blaja..
enjoy de movie.. sbb nk tgk sgt wayang.. tp tgk citer yg xpatut sket kut..
sket je yg x patutnye..
hehe..

Wednesday, December 15, 2010

tag dari fyezrahman

1. apa yang penting dalam hidup korang?
ketenangan

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
pau kacang.. sedap tau.. lembut giler.. 4 ketul singgit

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
kat umah la kut..
tema:x fikir pun.. lmbat lg kawin..

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
btl2..

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
cinta ku is infinity okay..

6. di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
maslah nye x slalu jmper.. dlm mimpi jer slalu jmper..

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
wanita sbb byk tips kawin dlm tu..

8. apakah nama penuh korang?
xmo bgtau.. nm komersial AIMI NADIAH.. hehe...

9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
mak

10. namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
my FH.. bila dia nak balik nie.. haha..

11. adakah korang basuh baju korang sendiri.
mesin basuh tolong basuh..


12.dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

xde fikir pun..

13. pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk.. wink!! haha..


14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
prmpuan
ceria
blogger

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
benda ea.. bkn org.. brg kemas, laptop, duit, bear,hp

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
berubah2.. so xde perkataan "paling suka dgr" tu xwujud ye..

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
23nov.. MTBE..

18. 5 rakan Blogger yang korang nak tag..
hehe.. segan nk tag..

Sunday, December 12, 2010

memaafkan..

PEMAAF..
saya rs saya bukan kategori orang sebegitu..
macam mana yer nk jd seorang yang pemaaf..
ada sebarang cadangan...?

Tuesday, December 7, 2010

renungan tajam dari ma..

hari jumaat a.k.a 3hb aku ade ikut kawan masuk tournament netball..
(sila rujuk post yg 3hb yer utk tahu cerita lanjut..

hari sabtu bila aku bgn pagi a.k.a 4hb..
pergh.. seksa sgh.. sakit satu bdn.. ma dh bg renungan mata yang tajam tanda protes aku men netball.. sbb ma tgk aku punya la susah payah nak naik tangga.. jalan pun senget2..
tp around kul 2 ptg tu aku nak jgk kuar gi kenduri kawin...
dalam duk sakit2 nk jalan tu pun.. aku nak jgk pakai heels..
nak melawa jgk tau walaupun pakai heels sgt tdk sesuai ms kaki sakit2 tu..

lepas gi kenduri tu plak sempat lagi gi jalan2 kat pameran and boothyang org PAS bt..
dah la tanak lecak sbb hujan, pkai plak heels, dgn kaki sakit nyer..
tapi aku sempat lagi la kan control..
guna payung bt jd tongkat..
adik2 aku pun dah ckp aku mcm org tu jln pakai tongkat..
haha.. peduli ape.. drpd duk umah sorang2, baik ikut gi jalan2..

lusa tu plak a.k.a 5hb..
aku nagn kawan2 gi pameran kerjaya kat daerah Kemaman nie..
punyala seksa nak naik tangga..
lepas dari pameran tu plak... gi jalan ngn kawan2.. gi karaoke..
haha.. rosak2..
sempat la nyanyi buah 3 lagu total semua lagu aku nyanyi n kawan2 nyanyi 10 buah lagu..
tensen cari keja x dapat campur rindu kat si FH..
huhu..
lepas karaoke gi pulak pusing2 kedai cari baju utk wedding kawan..
jalan still cover2 k..
pakai masih lagi heels.. haha..

ptg balik releks..
rehat kejap..
tapi lewat ptg tu ade kawan len plak yang msg nak jumpa mlm tu..
on je,lagipun lm xjumper kawan2 yg nie..
satu lagi nk sibuk kan diri supaya x ingat sgt kat si FH tu..
tapi mlm tu dek kerana kaki dah sakit sgt campur penat bjalan, just pakai selipar jepun je..
hehe..
dah x melawa.. lagi pun mlm kan.. saper nk tgk.. haha..
ma skali lagi bagi renungan tajam bila aku masuk umah ngan kaki yang senget2 bl berjalan..

tulat a.k.a 6hb..
pg2 org kat pjabat MEKAR kol suruh gi MTBE... aku bt part time sn... tp dek kerana xlarat a.k.a sakit kaki.. malas la..
ma skali lagi bagi renungan tajam sbb aku malas gi MTBE..
hehe..

Sunday, December 5, 2010

ulangtahun??



5 dec 2010.


epy 1st anniversary to my sis n bro in law..

semoga bahagia ke dunia akhirat..
amin..
sebahagian gambar untuk mengembalikan memori..
masa nie rombongan pengantin lelaki bar sampai kat umah prmpuan..

sibudak yang menyibuk kat barang2 hantaran..


ni masa rombongan pengantin perempuan ke umah pengantin lelaki.. aku yang kena jd pengapit.. (ambik berkat.. nanti turn aku plak..haha..)





Saturday, December 4, 2010

melupakan kamu..

melupakan kamu..
bagus sungguh cadangan itu..
kamu tak terfikir ke akibat nye bila saya mula lupakan kamu..

bila saya lupakan kamu..
saya tidak akan rindu kan kamu..

bila saya lupakan kamu..
itu akan memudahkan saya ada scandal lain..

bila saya lupakan kamu..
kamu sudah tidak ada dalam fikiran saya lagi..
bila kamu tiada dlm fikiran saya lagi..
kamu tidak akan saya cintai lagi..

jadi..
kamu masih mahu saya lupakan kamu..?
walaupun sekejap..
buruk akibat nya..
jadi..
saya tidak akan melupakan kamu..
sedih hati ini bila kamu mahu saya lupakan kamu.. walaupun sekejap..

jgn risau ye.. i can fix it by my own..
biarkan saya terus rindukan kamu..
biar kamu terus ada dalam ingatan saya..
kerana saya mahu kamu kekal ada dalam fikiran saya..
kerana saya mahu kamu sentiasa ada dekat dengan diri saya..
kerana saya mahu menyintai kamu selamanya..

sekali lagi.. jgn dirisau jarak yang memisahkan..
kamu tetap dekat dengan diri saya.. kerana kamu telah ada dalam diri saya sejak dulu lagi.. iaitu di hati saya ini...

Friday, December 3, 2010

setahun lebih sudah..



dulu.. masa belajar aku sangat aktif dengan sukan2 kat uia nie.. stat kat gombak.. 1st year 1 sem duk men futsal..
keadaan nie berterusan la smpai ke sem 8..
seingat aku.. ms aku sem 6 aku dpt tau aku ada mslah kesihatan sket.. tp aku terus jgk nak men.. aku men la smpai awal sem 8..
lps tu aku jmper doc... doc dah stat pesan aku kena
stop men..
aku pun meraung semacam la bila kena stop men.. dah la jog pun x leh..
so.. aku berhenti la...

TETAPI.. hari nie.. aku stat men balik sukan2 nie..
tapi aku xmen ftsal.. men netball... ade perlawanan netball kat area DUN aku.. DUN air putih.. 3 dec.. giler wei.. lm x men.. best jgk.. mmg puas ati la aku men.. ade 5 game.. seme game aku masuk 1st game aku men jd WD (wing defender),2nd
game aku jd GK, 3rd game aku jd wing attacker (WA),4th ngn 5th game aku men jd Center(C)..
makin byk game.. makin up posisi..
giler penat..
tapi puas..

malangnye.. bila balik je dr match tu.. kaki dah mula sakit2, peha dah mula lenguh2, jln mula senget2.. ma ape lagi.. "tu la.. org suruh jgn men nak men jgk.. benda ape la yang dpt dr men tu.."
hehe..
sy dpt kepuasan ma..

game yg paling best men masa lawan team last.. tp kitaorg kalah 7-8.. team yg kitaorg lawan nie team makcik2.. rasanye umur makcik2 nie dlm 35-45 kut..
tua2.. tapi hebat giler men.. bdk team aku ms lawan ngan team nie siap gelak2 lagi.. tp ngn team len serius giler ms men..
mungkin sebab lawan org2 yang tua kut.. jadi hormat kena ade.. "ke diorang nie nak membodek2 makcik2 utk rekemen kan anak lelaki diorang.. haha.. maklum la.. team aku 9 org.. 7 org xkawin lagi.. so, apa salahnye mempromote dirikan.. haha.."

rugi xbergambar masa tournament tu..
tapi sebagai kenangan.. aku nak upload sebahagian gambar aku ms kat uia dulu..

men badminton utk tournament badminton kat pejabat kaji cuaca kuantan..

nie masa men netball utk team course aku.. gmbar nie aku yg jd GA tu.. hehe.. Goal Attacker..


nie masa kat uia kuantan.. acara umah sukan.. kami juara..


nie masa kat gombak tournanet futsal antara kolej.. yang lelaki tu sebenarnye spirit burner a.k.a bf kpd salah sorang dr kami.. dia dtg dr jauh utk sokong awek dia.. lepas tu panggilan spirit burner tu dah dicop sbgai nm utk para penyokong kami.. hehe..

Sunday, November 28, 2010

pendengar yang bijak.. ~komunikasi berkesan~

bkn shj kita kena jd pengguna yang bijak..
mahupun pengundi yang bijak..
harus juga menjadi pendengar yang bijak..
bercakap bila perlu..
bayangkan sekiranya 2 orang bercakap serentak..
pasti wujud nya komunikasi berkesan..

tu la.. dulu kelas komunikasi atau kelas bahasa tidur dalam kelas..
mula la tak tahu apa itu cara komunikasi yang betul..
pahtu bila pergi kursus kahwin tidur pulak bila topik komunikai ni dibentang kan..
kursus kahwin pun ada topik komunikasi tau..
betapa penting nya komunikasi tu..
kalau tak ada komunikasi yang bagus antara suami isteri, mesti huru hara la masjid yang di dirikan tu..
tu baru dalam perkahwinan..
kalau masa bekerja pun komunikasi tu penting..
bayangkan kalau tiada komunikasi..
tak menjadi kerja tu..


mari kita belajar macamana cara komunikasi yang betul..
1)elakkan bercakap secara serentak "makna nye sorg bercakap, sorg lg mendengar.."
2)dengar dgn aktif sambil menilai..
3)sampaikan mesej secara jelas.. "klu tak jelas, mcmn org nk dengar.."
4)beri tumpuan semasa berinteraksi.. "fokus.."
5)minta penjelasan bila tidak faham.. "lps dah puas dengar baru la bertanya.."


tu sebahagian jer..
kat umah nie byk buku2.. kiranye yang kat atas tu aku ambik cedok2 buku A sket, bku B sket..

Friday, November 26, 2010

tak malu kan dia..

salah seorang ank buah aku duk tgk aku men facebook.. lalu dia berkata..
"xmalu kan cik de.. perempuan nie letak gambar macam nie kat facebook.. dh la nmpak ____.. dia taktau ker ramai org tgk.."

haa.. tu dia..

bila kanak2 berumur 8 tahun lagi pandai berfikir dari wanita yang berumur 18 tahun..

bila kanak2 berumur 8 tahun lagi pandai menilai baik dan buruk dari wanita yang berumur 18tahun..

jd anda wanita 18tahun ke atas.. HARUS lah mempunyai perasaan malu..
tutup la aurat tu.. pandai2 la setting privacy kat profile sendiri yer..

Tuesday, November 23, 2010

sebuah kelahiran..

nie post perasan.. 23rd nov.. my besday..
thanks kpd ma kerana lahirkan rohaiminadiah osman..
sempena kelahiran nie.. nak citer sket cerita disebalik kelahiran ini..


masa tu ma kata baru abih citer P ramlee kat TV..
ma mula sakit2 perut..
ma bgtau abah yang ma sakit perut nak bersalin..
abah kata tggu kejap sebab abah nak solat sunat hajat dulu..
ma cuba tggu abah solat sunat dulu...
tapi abah mmg solat lama..
nak ambik air wudhu lagi..
ma dah tak tahan sakit dah..
ma pun jalan kaki pergi hospital..
kebetulan masa tu hospital depan umah..
seberang jalan jer..
sampai kat hospital..
terus kena sorong..
masuk dewan..
kemudian..

keluar la si cantik rupawan ini pada jam 12:09 mlm.. "ni apa yang tertulis kat surat beranak.. ma x citer yang aku puteri nie kuar kul berapa.."

alhamdulillah.. aku selamat.. sebelum aku dilahirkan.. tak tahu tahun berapa.. aku ada arwah abang.. meninggal masa mak aku lahirkan dia.. syukur Tuhan selamatkan aku.. lahirkan aku dengan sempurna..

adoi.. rs nk nangis la plak..
terima kasih untuk ma and abah..
tanpa kamu.. siapalah saya..
tanpa doa ma dan abah.. saya tak mungkin akan jadi insan yang berguna seperti hari ini..
semoga Tuhan memberkati kamu berdua..
memberikan darjat yang tinggi kepada kamu.. amin... amin.. amin..

ok kawan2 sekalian.. jgn lawan ckp mak.. mak segala2nya tau..
tanpa mak dan ayah.. kita tak kan ada di sini.. tak kenal warna-warni dunia yang indah ni..

Sunday, November 21, 2010

kawan dia.. kawan dia.. seme kawan dia..

"kawan dia.. kawan dia.. semua kawan.."

ayat ape yang kat atas tu..? sebenarnya.. ayat kat atas tu ayat yang abah guna untuk bebelkan aku bila dapat kad kawin..
kad kawin tu plak mostly dari kawan2 aku.. biasala kan..cuti sekolah... ramai la yang nak mendirikan masjid..

bila abah marah macam tu.. hehe.. aku senyap je la.. lepas nie aku dah xmo la bgtau kat abah klu kawan2 anta kad kawin.. nanti kena bebel lagi..

tu baru abah aku punya bebel..

klu kakak aku plak..

"hari nie gi kenduri kawan kawin, pahtu esok gi kenduri org nie plak.. kita tu bila..? asyik org jer.."

aku senang je la jawab.. "lusa.."
haha.. dah hari ni kawan kawin.. esok pun kawan kawin.. aku ambik la lusa..

hehe.. ngn kakak bleh la jawab men2.. tap klu ngan abah jgn harap.. klu abah dah marah.. tu dah kira tahap disaster!!

ma plak x ckp ape dah pasal kawin.. mmg x bagi aku duk sabah la tu.. hehe..
kena la tggu si FH balik dr sabah la nmpak nye.. tua la aku tggu si FH nie..
rasa2nye.. si FH tu xsanggup kut nk balik semenanjung baru kawin.. kawin ngan org lain la dia nanti.. haha.. jgn jadi betul!!

kepada abah juga adik2 serta kakak2 dan jiran2.. sabar ye.. nanti tiba la giliran daku nie..
kepada ma.. ma.. bleh la ma.. bleh laa... bleh laa..
haha.. gatal..!

cuti sekolah = masa balik kampung =masa pening


selamat bercuti yer wahai mereka2 yang masih bersekolah..


selamat pening kepala yer wahai ibu2 yang kena handle anak2 yang tengah bercuti..


selamat memuliakan tetamu yer wahai atuk2 dan nenek2 yang kena layan cucu2 balik kampung..


selamat memenatkan diri yer wahai pakcik2 dan makcik2 yang kena bermain dengan anak saudara masing2...



anak sedara aku yg 'balik kampung' sempena cuti sekolah nie.. "sebenarnya jarak umah diorang ngan umah kami nie dekat je.. naik basikal pun bleh kut.." diorang nie mcm tak nak balik2 je umah dia.. mula2 ckp nak balik esok.. skrg dah banyak2 esok nie disebut..

ni la 2 org budak yang balik kampung dan tak nak balik2 umah dia.. walaupun mak ayah diorang dah dtg nak ambik bawak balik...tapi diorang tetap tak nak balik.. macam2 skill dibuat2 utk tak nak balik.. hehe.. dan hari ni.. mak sedara telah dipau supaya beli bola sepak.. dan mak sedara jugak jadi mangsa kena main bola sepak tu sebab nak cukupkan korum untuk men... nak buat macam mana.. memang ada mak sedara, tak de ayah sedara.. mak sedara la yang kena sepak bola jugak.. nasib baik mak sedara memang ade skill sepak bola.. hehe..

Wednesday, November 17, 2010

bila minta dirotan..

sebenarnye aku ade buat part time mengajar kelas asas fardhu ain kat kampung aku.. sebelum nie org ln yang ajar.. tp bila xde org nak ajar, kelas tu ditutup sebulan.. kawan aku ade mintak aku mengajar.. gilir2 ngan dia.. dia cakap klu xde org nk mengajar.. kelas tu mmg akan tutup terus..

aku pun rs mcm bersalah la plak.. klu xde org nk mengajar dan kelas tu akan ditutup, maka perkara yg asalnya fardhu kifayah.. dah jatuh fardhu ain la kat aku.. nnti xpasal2 kat akhirat nanti kena blame sbb lepas tanggungjawab mengajar...
hehe.. baiknye aku nie..

hari 1st mengajar, ok.. sesi suai kenal je.. aku ingat lagi ms suai kenal tu..

anak murid:ustazah dah kawin belum?
aku:belum..
anak murid: kita ade abg, tp abg kita ade awek doh..

ish ish.. bleh tahan jgk loyar buruk budak nie.. dia nie dari awal aku ngajar.. smpai abih aku ngajar.. duk merekemen abg dia je.. aku nie muka kena kawin sgt ker? nanti aku rasa aku jadi mcm dlm citer syurga cinta jgk la... anak murid tukang rekemen antara abg ngan ustazah..
haha..

ni lagi satu cerita.. budak2 nie kenal la hafal mcm2.. rukun iman, rukun Islam, sifat 20, bacaan solat.. pernah satu hari tu aku buat la soal jawab utk uji hafazan diorang tu.. ada yang bleh ingat dan ada yang xbleh ingat.. maka ada salah sorg anak murid berkata2..



anak murid 2: kita x ingat la ustazah.. klu ustazah rotan kita klu kita xingat baru kita senang ingat.. ustazah rotan la kita..
aku: klu ustazah rotan, mak ayah awak xmarah ker..?
anak murid 2: xmarah ustazah.. ayah lagi suka.. ayah kata "baguslah.."

haha.. bagus la plak mak ayah diorang nie..

suka aku ngan kecomelan diorang.. masa muka takut sbb x ingat benda2 yang kena hafal lagi comel.. aku yang nak marah slalu nya mesti xjd nak marah..

aduhai.. cepat la ada anak.. haha..

mujahid dan mujahidah di pagi raya

pagi tadi pergi solat hari raya aidil adha di masjid dekat dengan umah.. masjid pasir minal.. sebelah dengan tempat aku mengajar kelas KAFA..

Ternampak seorang ibu.. dia datang bersama2 dengan anak dia.. anak dia tu dlm 4 bulan kut.. duk dlm kerusi baby.. ke ape nama kerusi tu.. yang org letak baby masa dlm kereta tu.. tidur je baby tu.. macam tau2 je mak dia nak solat.. xleh buat bising.. sejuk je ati aku tgk baby ngn mak dia.. keserian, cahaya diwajah terserlah..
kagum aku.. biasa org prmpuan jadikan alasan anak nk jg la.. nk masak la kt umah.. nk kemas umah la.. tapi akak nie bersemangat bwkanak dia gi masjid skali.. anak dia tu dia jer..
tu satu senario..

lagi satu.. masa on de way nk balik... aku ternampak segerombolan lelaki2 berjalan kaki dr masjid utk pulang.. aku ingatkan budak2 tahfiz.. sbb budak2 tahfiz dekat la jugak ngan masjid tu.. dah dekat sket.. baru nampak sipakah empunya kelibat2 tersebut.. rupa2nya pekerja2 bukan malaysia yg berkerja kat area tu jgk..
yang nie pun aku kagum jgk.. klu org malaysia.. xde la nak jalan kaki jauh2 utk ke masjid.. alasan.. penat la.. jauh la.. bila bwk keta plak.. jawab susah la nk cari parking.. jauh la nak jalan dr tempat parking ke masjid..

berubah la.. malu dengan mereka2 yg kat atas ni.. kesulitan tu bukan alasan untuk malas beribadah yer...

Sunday, November 14, 2010

bonggol unta..

skrg nie ramai yg bertudung utk berfesyen..

ish ish..

Munafik!! berpura2...


have a look at this pic..

ok? dh fhm?

np kat stall skrg nie byk jual tudung gine?

np keluar umah pkai mcm nie?
nnti kuar umahx ker org tgk kamu?

np pengantin skrg nie mcm dah trend pakai tudung sanggul tggi?
kesian kat suami diorang.. awal2 lagi dah tanggung dosa si isteri.. tahniah sy ucapkan kerana anda telah dapat saham free..
nnti gambar kawin, ngn pkai tudung mcm tu.. publish lat blog, fb, twitter..
haa.. kan dah ramai tgk... dosa sapa tggung?


dosa byk2 tu nnti duk kat mn klu xberubah... slamat berjumper ngan SI MALIK PENJAGA NERAKA YER..

Saturday, November 13, 2010

fobia yg belum hilang..

dulu... dh lama.. about 5 years ago..


aku ada la kena kacau.. masa tu aku baru smpi dr uia gombak ke kemaman.. dlm kul 2-3 pagi..sementara aku tggu abah dtg ambik aku, aku bc la buku economy.. tgh2 aku bc tu ade sorang lelaki duk kat sebelah aku.. dijarakkan ngan beg baju aku kat sebelah aku tu.. dia ckp ape ntah sorang2.. pot pet.. aku pun xclear sgt apa yg dia ckp.. tp.. tetiba.. aku dpt tangkap ape yg dia ckp, dia ajak aku balik umah dia.. pahtu dia bc smthing.. mcm ayat2 jampi.. terkejut aku..
aku pun lari lar.. "nasib baik aku nie atlit.. bleh la lari laju.. dan nasib baik jgk x pakai heels.. hehe.." nasib baik la.. jampi dia xmenjadi.. so, gulrz.. bl kuar umah amalkan ayat2 yg patut yer..


dia tgk aku lari kat org ramai dia dah kelam kabut.. dan terus blah dari situ.. org ramai tu pun cuma dlm 3-4 org je.. kira ramai la kan pd wktu 2-3 pagi tu..

lps duk umah 2-3 hari.. aku balik uia gombak.. tapi......
aku mimpi lelaki tu tggu aku kat bas stop la, aku terbyg setiap lelaki yg aku nmpk mcm muka dia la...


saat plg teruk.. aku mcm ternampak lelaki tu dlm kelas.. menangis aku dlm kelas.. kawan aku pun tgk aku len mcm je.. terus dia bwk aku keluar.. aku pun citer la kat dia yg aku terbayang2 tu..
rmate2 aku pun dh cuak aku mcm tu.. classmate aku pun.. tp diorang ingat aku nangis sbb xleh jawab kuiz analytic bkn sbb masalah emosi tu..

kwn aku terus bwk aku gi jumper kaunselor kat uia tu..
mcm2 tips yg dia bg.. mcm ayat2 yg dia cerita nk bg semangat.. ade beberapa cara yg dia cadangkan kat aku..

tu dulu.. tapi masa aku duk kuantan n even skrg pun.. takut tu xleh ilang lagi..
smp aku bt layan xlayan je ngn lelaki.. pernah satu kali tu.. bdk sblah bilik aku ckp kat aku ada sorg suruh sampaikan pesan dari seorg.. aku ingat lagi ayat dia..
"ko dah ade bf belum? ada bdk laki pesan kat aku.. dia suruh aku ckp kat ko.. jgn la sombong sgt ngat lelaki.. nie ko bt x layan je ngan lelaki.. kita nie dah final year.. nnti dah abis blaja susah plak.."



aku nie mcm xde bf ker.. mgkin ms blaja dulu aku x confesskan kat kwn2 yg xrapat kut.. malu.. hehe..
aku bkn sombong.. tapi aku ade takut sket ngn lelaki.. kadang2 bl korang tegur aku pun aku dah rs mcm ketar lutut giler.. mcm nak lari pecut jer.. aku punya presiden ngan vice president 1 pun dh siap maklum ngn ketakutan aku nie..

mgkin aku kena teruskan tips2 yang kaunselor kat uia gombak bagi dulu..
1)kawan ngan lelaki ramai2 dan biasakan bergaul ngan diorang.. but jaga adab pergaulan yer..
tips yang ni kalu si FH tu x kuat jeles kan senang nk apply..
2)jauhkan dr suasana sunyi, gelap, suram.. sbb bila ade lelaki dkt ngan aku ngan suasana mcmtu, aku akan lagi cepat teringat kat kejadian tu..

tapi.. ada satu part yang aku geli hati dgr ms duk mengis jumpa kaunselor tu.. aku yg menangis giler time jmpe dia pun dh xjd nangis bila dgr dia ckp.. nk tau dia ckp aper? "awak klu kekal la mcm nie takut ngan lelaki... nnti nak kawin mcmn.. awak nk tolak suami awak ker..? "
dalam ati aku..~kesian suami aku..~ haha..



aku citer ni pn sbb br2 nie ada kena tegur ngan lelaki sket.. tapi aku rasa cuak semacam.. aku ingat kan aku dh xtakut ngan lelaki.. tapi aku rasa aku fobia lagi.. tolong lah... doakan aku.. jgn salah anggap aku ni sombong kay..

Thursday, November 11, 2010

hr nie last skolah!!

hua hua...bestnye..
kiranya mggu nie mggu last aku ngan kelas fardhu ain... tapi mesti rindu kat budak2 comel tu seme..
hr ni byk benda tgh terjadi n akan terjadi..

1) result upsr kuar.. berapa la si angah a.k.a anak buah aku nie dpt ea..

2)maghrib nnti nk gi skolah adik yg form 5 sempena majlis solat hajat.. "aku memang kakak yang baik.. haha... adik2 xleh menderhaka tau!!"
msti bleh jumpa balik ngn ex cikgu ngan ex students.. tp xmo jumpa ngn encik _____ kat skolah tu...

3)mlm ni kena prepare sket utk kelas last fardhu ain esok..
ke hanya perlu bwk otak.. xpyh baca.. hehe..

Tuesday, November 9, 2010

buku owh buku..

dlm berapa hari lagi..
kena attend exam peperiksaan awam kerajaan..
so.. mood kena study yer skrg..
term2 english, grammar pn dh dilupakan..
kosa kata bahasa melayu apa tah lagi..


wish me all de best kay.. semoga kejayaan itu milik saya.. amin..

ma.. nk kawin bleh x? ~part 2..~

aku dh memberanikan diri bgtau ma psl nk kawin nie..
tp result dia bad sket.. aduhai..
ma suruh aku kawin lagi 3tahun.. huhu..
xpe.. xmo give up.. akan terus berusaha memujuk..
haha..
encik future husband: "awak xmo tlong sy pujuk ma sy ker? tu la.. keje jauh lagi.. kan dah xbleh nk kawin thn depan? padan muka saper? kiter jgk..."

Sunday, November 7, 2010

sukarelawan banjir..




tgk berita.. temuramah mangsa2 banjir.. terus teringat zaman blaja dkt uia dulu.. masa tu klu xsalah sem kedua duk kuantan kut..

excited sgt ms pergi tu.. mgkin sbb 1st time jd sukarelawan kut.. xtau mcmn situasi keadaan..
awal pagi tu kitorg berkumpul.. kemudian dibekal kan sebotol air mineral 1.5 Liter.. pada mula nya kitaorang gelak2 bila dapat air mineral besar.. tapi bila kat tempat pembersihan tu.. air tu cukup.. dahaga sangat.. banyak keje yang kena buat.. lap lantai,basuh lantai,mop lantai, basuh baju, pinggan, dinding.. mcm2 lagi la..
yang paling buat aku terharu.. masa group aku makan tengahari.. ada adik kat kampung tu tgk je kitaorg mkn.. ktorg pn rasa x sedap ati masa makan tu... macam adik tu nak jugak je.. kebetulan ada nasi lebih yang diberikan untuk group aku... aku selaku ketua group tu, bagi la nasi kitaorg tu kat adik tu.. cakap2 ngan ayah adik tu.. dia ckp umah dia xde beras.. seme dah rosak sebab banjir.. beras ang dibekalkan pun xcukup utk keluarga dia..

ni gambar sebulum pergi bersama2 ngan botol mineral yang kitaorg gelak tu.. hehe..


masjid kat belakang tu la yang aku dan kawan2 ditugaskan utk membersihkan.. besar pahala kitaorang kan kan.. hehe.. ni gambar selepas membersihkan masjid tu... lps tu kita org gi umah by umah plk.. tanyer umah by umah keje apa nak kitaorg bt..




moral nya..
1)mari kita seme bersyukur dengan apa yang kita ada..
2)mari kita meringankan beban mereka2 yang dalam kesusahan.. klu kita kurangkan kesulitan saudara kita.. Allah pun akan kurangkan kesulitan kita..


pengalaman itu memang indah.. pengalaman itu mematangkan diri.. pengalaman itu memberikan pedoman..

Thursday, November 4, 2010

ma.. nak kawin bleh x?

ish .. susah btl nak tutur kan ayat tu kpd seorg ibu..
any tips? huhu..
bila men2 cakap nak kawin bleh plak usik2 ma ngn soalan mcm tu..
tp bila betul2 nak kawin.. aduhai.. cam xconfident je nak beritahu.. mcm tak bleh kawin lagi je nie.. macam kena lambat kan je pasal kawin2..

ma.. tolong la ma.. anak mu ini dah gatal sangat nak kawin..
"bleh ke klu ckp mcm nie?" haha..

Wednesday, November 3, 2010

Kejutan ketika berniaga..

td ms aku tgh berniaga tetiba bunyi meletup.. terkjut jgk.. makcik kat gerai sebelah pun terkejut..
mak cik kat meja sebelah suruh aku mencari punca bunyi meletup la.. bunyi tu macam dari bawah meja gerai aku.. aku pun dah separa cuak la.. lepas bunyi tu plak di ikuti bau busuk..

aku pun dah cuak dah.. makcik meja sebelah suruh aku cari jgk.. dia ckp maam bau telur busuk..
dia pun cerita la pasal ada org yang guna telur utk sihir2 ni.. jeles psl berniaga xpe lagi.. yang buat aku separa cuak lagi bila makcik tu cakap kut2 ade org yang suka aku tapi aku x layan mandrem aku.. aku dah makin cuak.. sbb ramai jgk yang bukan nak membeli.. jual minyak ramai.. adik yang jual sekali ngan makcik tu pun suruh aku baca ayat2 Quran sket masa cari.. cari2 punya cari.. MMG aku jumper telur ayam pecah bwh meja..
okay stop.. aku xnak citer lebih2.. aku xtak nak pikir bukan2...

Allah tu Maha Kuasa.. jauhkan aku dari segala kejahatan manusia, iblis dan syaitan.. Amin..

Friday, October 29, 2010

cincin



jalan2 ngan ma ke kedai emas.. ma nak gi betulkan gelang dia.. aku bodek2 la ngan ma.. "ma.. nak cincin.."

hehe..

smpai kat kedai ma suruh aku pilih cincin.. tapi kat kedai tu ade dua bentuk je cincin yang sesuai ngan jari manis aku..hukhuk.. satu muat jari manis tangan kanan, satu lagi muat jari manis tangan kiri.. mmg xde pilihan!!!!!!!
dulu2 masa belajar kawan aku slalu cakap.. "nanti kalau kau nak kawin ker tunang ker.. mesti xde cincin saiz jari ko.. kena tempah.. kesian kat future husband kau.. dapat isteri yang jari kurus.."
aku rasa.. mulut kawan aku tu mmg masin arr..
macam akan betul je apa yang dia akap.. kesian kat future husband aku.. haha..
utk future husband : selamat menyusahkan diri cari cincin utk syg yer...
bleh ker pesan mcm nie..? haha.. pesan mcm la nak kawin tahun nie..

Thursday, October 28, 2010

Mahallah Talhah Representative Council


sungguh.. saya rindukan kenangan2 suatu ketika semasa bersama2 dengan mereka di atas..
generasi pertama Mahallah Talhah Representative Council..
sibuk dengan mensyuarat..
sibuk memperjuangkan hak2 pelajar kolej..
sibuk mengatasi masalah2 di kolej..
sibuk....
sibuk....
sibuk....
tetapi kesibukan itu lah yang memberikan kita pengalaman yang berharga..
yang mematangkan kita..
yang mendidik kita..
yang membentuk kita..
sekarang musim pemilihan baru.. diucapkan semoga line up baru akan lebih maju dan berjaya dalam menjalankan amanah ini..
ingat... jangan biarkan amanah yang tidak terpikul pada hari ini sebagai punca anda bersalah di sana nanti..

Wednesday, October 27, 2010

kosong..

sekosong fikiran..
xtau apa kesudahan..
smg hampir kpd jalan penyelesaian...
smg dipermudahkan urusan..
tenang la wahai hati..
jgn galau lagi..
jgn biar rasa memakan diri..

Tuesday, October 26, 2010

thank you Allah..

sebak nye bila dengar lagu nie.. meh kawan2.. saya nak anda hayati lirik lagu nie..

"maka yang mana satu di antara nikmat2 Tuhan kamu, yang kamu hendak dusta kan?" ~ar-Rahman -13~ mari kita ramai2 bersyukur dengan ape yang Allah telah kurniakan kepada kita..


okay.. sebahagian dari lirik lagu bertajuk Thank you Allah yang dinyanyikan oleh Maher Zain..

I never thought about ..
all de things u have given to me..
i never thanked you once..
i was too proud to see the truth..
and prostrate to you..
until i took de first step..
and that's when you open the doors to me..
now Allah, i know wat l was missing..
by being far from you..

long distance relationship...


aku rasa..

long distance relationship nie..

makin lama.. makin memburukkan aku..

kerisauan yang melanda..

kerinduan yang membuak..

cemburu yang bertambah..



kepercayaan makin berkurangkah?

bagaimana perasaan sayang? perasaan cinta?

jauh dimata, jauh juga dihati ke?


ayat dari seorg kawan dia..
" _____(sila fill in de blank sendiri) tu baik.. so, jgn hampakan dia.." nie yang buat aku makin sayang and rindu ni dekat ____ (sila fill in de blank sendiri)..
haha.. x malu..



jodoh.. ditangan Tuhan..

moga dipermudahkan segala urusan..

moga ditunjukkan jalan.. amin..
sungguh aku sayang dia.. semoga kami ada jodoh untuk hidup bersama ke akhir hayat kami.. "ish.. pengakuan nie buat aku sebak and nak mengalir air mata.."

Monday, October 25, 2010

my ex senior yang menggatal..

suatu hari.. aku jalan2 ngan ma.. huhu.. dah besar2 pun jalan ngan mak lagi.. "kawan2 ramai dah kawin.. huhu.."

singgahla kat satu stall tu..
borak2 ngan sorang salesgirl kat situ..

terdengar suara sorang guy..
duk sibuk mempropose sorang awek yg keje kat stall tu..
aku pun toleh la kat suara lelaki tu.. macam familiar je suara..
alih2.. rupa2nya bekas senior aku yang masih xberubah ngan perangai lama dia yang suka menggatal..

dalam ati aku.. tak berubah lagi rupanya perangai senior aku ni.. dari skolah lagi suka mengorat..zaman skolah pun dah ditinggalkan 7-8 tahun.. perangai dia dulu lps dah dpt ngorat sorang, dia ngorat org lain plak.. kitaorg junior2 ni mmg dah maklum sangat ngn perangai dia ni..

nak je aku meringan kan mulut nie memberitahu.. "jgn la caya dia.. dia ni mmg pantang tgk perempuan dahi licin.."

keindahan pagi

pagi nie terasa rajin unttk siram2 pokok, cabut2 rumput..


terjumpa satu keindahan ciptaan Allah yang sangat cantik.. bertuah dapat melihat dengan sendiri.. apa yang dijumpa? seekor rama2 yang baru keluar dari kepompongnya.. subahanallah..


bertuah..
beruntung..

ni antara gambar2 rama2 tu.. sempat lg la kan ambik gambar duk tgk rama2 tu.


Friday, October 22, 2010

peniaga dan hasad dengki dan terbaik..


ish ish..

nie geram nie..

haha.. starting post pun dah ada negative side.. hehe..


permulaan cerita.. aku dan mak ada la berniaga makanan kat Binjai Souq nie.. ada yang kuih kami buat dan ada yang kuih kami jual yang orang lain buat..

sebelum ni aku cuma tolong ma je buat makanan..

dalam minggu nia baru aku start buat kuih sendiri dan jual.. kuih yang aku buat nie memang tak ada gerai lain buat pada mulanya..

dua kali buat kuih nie.. okay la.. alhamdulillah slalu abih.. tapi bila kali ketiga nak buat kuih nie.. gerai sebelah dah ciplak a.k.a tiru kuih yang aku buat.. huhu..

dengki punya manusia.... mentang2 kuih ni selalu abih, dia tiru dan jual jugak kat gerai dia..


huhu.. nampak sangat meniru.. sebelum nie tak la pulak buat kuih jenis tu.. tetiba bila tengok laku, buat jgk..


tak pe la.. tiru la.. nanti aku buat lagi.. dan pastikan rasa dia akan kekal sedap setiap hari..


sikap peniaga melayu memang macam ni.. suka meniru.. ada je yang dengki tengok orang lain untung, dia pun buat jugak.. jual jugak.. tak idea kut..

hehe..


lg sekali..

tak pe la .. biasa la tu kan.. persaingan dalam perniagaan.. kan kan??


Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara2 yang mendatangkan kebaikan sahaja.. ayat nie menyejukkan hati aku..
semoga Allah akan mempermudahkan dan memurahkan lagi rezeki aku.. Amin..

Thursday, October 21, 2010

blaja jahit..??

one day..
ada jiran datang umah.. nak mintak tolong jahit kelim tepi baju dia..

mak pulak xde kat umah.. and masalah nye plak.. akak yang hantar baju tu nak jahit cepat..

ish ish.. maka daku ngan muka tak malunye berkata "kak.. saya x pandai jahit.. kak masuk la bilik jahit ni.. pahtu kak jahit sendiri la ea.. "

maka selepas itu.. bertitah la akak tu byk2 a.k.a membebel.. "apa nie perempuan tak pandai jahit.. untung tau pandai jahit.. senang nak jahit baju suami ngan anak2 nnti.. upah jahit skrg pun dah mahal.."
aku mengiya kan sahaja segala kata2 itu.. sbb memang betul pun apa yang akak tu kata.. hehe..


ish.. mana nak belajar jahit nie.. nmpak nya lepas nie.. kena la blaja godek2 mesin jahit ma.. setakat nak jahit straight je guna mesin jahit tepi macam gambar kat sebelah ni pernah la jugak aku men2 kat mesin jahit tu.. "tp tu men2 kat kain sendiri.. baju org, xberani nak jahit.. takut rosak.."

tapi.. nak jahit bagi siap sepasang baju tu.. ish ish.. masalah tu..


huhu.. lepas nie kena contact kawan yang buka kelas jahitan kut.. huhu.. kena tanya bila jadual kelas dia.. kut2 bleh celah2 kan.. kelas jahit dia ramai makcik2 yang belajar.. nmpak gaya nya, lepas nie mmg berkawan ngan makcik2 la aku.. hehe..

maka bersiap sedia la ye mesin2 jahit ma.. aku akan cuba godek2 korang lepas nie.. haha..


tapi kalau perempuan tak pandai jahit ker, masak ker... mesti kena bebel.. kalau lelaki x pandai bertukang ker, baiki mesin ker ada ke kena bebel?? hehe.. tak adil..

Tuesday, October 12, 2010

sakit buah pinggang




masa pulang beraya baru2 ini aku ade menziarah nenek dan sepupu aku yang sakit buah pinggang.. kebetulan masa aku pergi tengok diorang kebetulan mereka ni baru balik dari hospital mencuci buah pinggang masing2..



kesian aku tengok sepupu aku nie.. pucat lesi muka dia.. mengikut apa yang isteri dia cerita.. bila pulang dari cuci buah pinggang, mereka memang akan letih.. x berdaya..
sepupu aku nie ditebuk kat leher untuk aliran darah tu.. kesian tgk dia.. masih ade plaster kat leher dia.. dia sekarang nie pun dah buta.. di tambah2 lagi dengan sakit buah pinggang..

itu sepupu aku..
ni nenek aku plak.. tapi keadaan nenek tak seteruk sepupu aku yang terlantar akibat keletihan buah pinggang di cuci.. nenek di cucuk di lengan berbanding sepupu aku dileher.. nenek lagi lama sakit buah pinggang dar sepupu aku.. tapi keadaan nenek tak la seteruk sepupu aku..
alang2 balik kampung, malam tu kitaorang tido umah nenek.. lagipun pagi esok nenek nak mintak temankan dia ke klinik kerana nenek batuk2, dah lama..

pagi nya aku dan adik temankan nenek ke klinik..
nasib baik batuk nenek tak effect kat paru2 lagi.. doktor pesan kat nenek "minum air masak banyak..'
nenek pun jawab " saya sakit buah pinggang, xleh minum air banyak.."
doktor "owh.. kalau macam tu jangan lupa makan ubat.."
nenek tanya lagi " sakit buah pinggang nie x bleh baik ke doktor?"
doktor jwb " biasanya kalau dah stat kena cuci dah xbleh baik.. klu bleh kesan dari awal bleh la baik..'

semoga nenek dan cousin aku tu sihat.. walaupun mungkin xbleh baik.. semoga mereka diberi kekuatan.. tolong doakan mereka ye..


disini aku sertakan beberapa tanda-tanda sakit buah pinggang nie.. manalah tau.. mencegah itu lebih baik.. bak kata doktor kat atas tu.."klu bleh kesan dari awal bleh la baik.."


simptom2 sakit buah pinggang:

1)sakit pinggang
2)bengkak badan
3)kulit gatal2
4)kerap kencing
5)cepat letih
6)kerap demam
7)sakit kepala
8)hilang selera makan




10 hb 10 Dua ribu 10 ~ aku di tinggalkan~

6 tahun lalu...
aku dengan beraninya meluahkan perasaan kepada seseorang..
menyulam cinta..
lamanya kitaorang bercinta..
bila nak kawin ni..
haha..




tapi pada tahun ini..
seseorang yang istimewa itu.....
mahu terbang pergi..
agak jauh dari aku..
huhu.. sedihnya...





namun.. dengan ada nya kemudahan2 di zaman IT sekarang ni.. jarak bukan lagi menjadi masalah sebuah perhubungan..
lagi pun dari hasil perbincangan kami berdua..
memang kami tiada masalah dengan jarak..
memang agak berat untuk lepaskan dia pergi.. tetapi.. memandangkan itu yang dia nak..aku seharusnya memberikan sepenuh sokongan dan semangat..





kepada dia...

selamat terbang ke sabah.. kerja rajin2 tau.. balik cepat2.. nanti bawak saya ke sana sekali..

kamu yang terbang pergi.. tetap meninggalkan kenangan untuk dikenangi.. saya akan tetap kekal utuh dengan kamu seperti mana kita 6 tahun yang lalu..malah.. mungkin lebih baik lagi..



saya tidak mahu menghantar kamu pergi dengan tangisan. tapi saya mahu mengahantar kamu dengan senyuman.. supaya kamu akan merindui senyuman itu dan tidak akan pernah lupakan saya..

Thursday, September 30, 2010

epy iium 26th convocation..

my mum and dad sempat lg honeymoon ms convocation aku dulu.. hehe.. romantik..

make sure ye korang nnti pakai tudung yang okay.. sbb mortat tu akan bt tdung korang rosak..


kesibukan graduate yg ln..

nie sebahagian kenangan yang akan kekal dalam ingtan aku selamanye..




Wednesday, September 29, 2010

membiarkan kau pergi..

membiarkan kau pergi..
menjadikan aku seorang yang lemah..
menangisi sesuatu yang tiada disisi..
membisu seorang diri..
semoga ada hikmah yang tersembunyi..
di atas apa yang terjadi..

Tuesday, September 28, 2010

biji getah?


korang tau ni gambar ape? hehe.. ni la biji pokok getaah.. yang kita toreh ambik susu dia tu..
kat kampung aku byk pokok getah..
ni nak mengimbau kenangan zaman kecik2 dulu..
dulu ms kecik2.. bl gi mengaji, kena lalu kat tepi kebun getah.. sebelum mengaji atau lepas mengaji smbil berjalan kaki tu, kitaorng akan kutip biji getah nie..
lps mengaji kitaorg akan men la sm2.. "aku tak tau kitaorg gi mengaji sbb nk mengaji Quran atau nak men sm2 lps mengaji.. hehe
bdk prmpuan akan bt biji getah ni utk men congkak.. klu bdk laki plk.. dorang emn laga biji getah .. tgk biji getah saper yang kuat n x pecah bila kena ketuk ngn biji getah org len..
hehe..
kenangan.. skrg seme dah besar.. aku tak rasa bdk zaman skrg men benda mcm nie lagi.. dah x kenal kut permainan org2 lama nie.. hehe..
conclusion nye : rindunye zaman kanak2 dulu..

Tuesday, September 21, 2010

saya dan perjalanan

benda nie dah lama terjadi.. tapi baru sekarang ada peluang nak bercerita..


mungkin kita semua bleh mengambil pengajaran daripada cerita yang nak saya kongsikan ini..





2-3 bulan yang lepas.. aku ada la gi KL.. pergi hari ni, balik esok.. masa dalam perjalanan balik ke kemaman tu, bas yang aku naik ni ada la singgah kat satu tempat untuk makan, minum dan sebagainya (termasuk gi toilet, sebab dalam bas sejuk sangat)..





masa tengah beratur tu ada la seorang auntie nie.. kaki dia patah, jadi dia berjalan guna tongkat.. aku yang prihatin ni ( eceh ceh..) kesian la kat auntie tu.. mesti dai lenguh beratur.. aku bagi la dia beratur kat depan aku.. girl (girl ni chinese, umur mungkin lebih kurang aku jugak kut) kat depan aku nie pun bagi auntie tu beratur depan dia..





lepas tu yang aku marah makcik kat depan girl chinese tu bleh la plak cakap kat auntie tu "beratur laa.. org lain pun beratur jgk"





ish ish.. ade ke makcik tu cakap mcm tu..


ei.. sabar je la.. klu org muda cakap macam tu, mesti dah kena tembak.. mesti diorang cakap orang muda sekarang dah tak pandai hormat orang tua.. tapi makcik tu..


pandai2 la korang fikir..





sebenarnya aku ade adik yang baru baik dari excident.. dia pun kena guna tongkat macam auntie tu.. jadi aku faham la sikit macamana kesulitan orang2 yang perlu menggunakan tongkat nie.. kesian diorang xlarat nak berdiri dan jalan lama2.. nak masuk toilet pun hati2.. licin tongkat tu..



me and sisters..

gambar ni diambilmasa kenduri kakak aku kawin.. adik aku yang baju biru la yang excident.. sampai saat aku tulis post nie.. orang yang langgar adik aku masih tak tengok adik aku untuk apa yang telah terhasil daripada yang dia langgar tu.. TAHNIAH ye..

kesimpulan nya.. manusia sekarang dah makin kurang keprihatinan dan makin kurang jugak rasa simpati.. TAHNIAH ye!!!!!!!!!!!!!!