Monday, January 31, 2011

mesir!!

ok.. sy xnak ckp byk..
cuma nak bagi link nie utk korang..


http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

pahtu fb psl kes nie..

http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964

sama2 kita doakan segalanya2 akan berubah menjadi lebih baik.. amin..

family jd matchmaking..

matchmaking..
ohh tidak.. masih ada lagi ke sekarang..
aduhai..
cinta x bleh dipaksa..
klu nak eratkan hubungan tali persaudaraaan tu pun.. jangan si anak menjadi mangsa..

releks2.. tarik nafas dalam2 sekiranya perkara ini terjadi kepada anda..
1st.. slow talk ngan parent.. bincang bebaik.. 
2nd.. slow talk ngan pasangan yg bakal dijodohkan tu..
3rd.. doa byk2.. klu dah jodoh.. x ke mana..

p/s: jangan benda2 ni merumitkan keadaan.. x suka xsuka xsuka!!

Sunday, January 30, 2011

tak pandai bercinta kah?

sengaja nak mengimbau kenangan..

dulu..
dulu okay..
 agak lama terjadinya.. 6 thn yang lalu kut..

seorang lecturer berkata kepada studentsnya..
"budak course kamu nie xpandai bercinta.. memang susah nak ada pakwe.. kamu nie kalau orang kata suka kat kamu, kamu buat selamba je.. tak faham.."
lebih kurang macam tu la ayat dia..

dalam hati berkata..
"ish.. xkan sy nk tnjuk depan sir kut klu saya bercinta.. xkan saya nak tunjuk romantik saya nie depan org semua.. ngan bf sendiri dah la.."


tapi bila difikir2kan skrg.. mmg betul apa yang lecturer saya bgtau tu..
sebab.. mmg kami ramai yang xde bf smpai la ke grad..
sebab.. kami mmg tak paham pun bila si lelaki2 nie sebenarnya sedang meluahkan perasaan sayang mereka kat kami.. kami ingatkan itu hanya gurauan..
sebab.. kami memandang dengan perasaan kosong bila seseorang lelaki tu berkata mengenai perasaan mereka..
sebab.. kami memang buat muka selamba bila ada nya adegan yang dikatakan romantik itu..

plastik kah kami? keraskah hati kami?

jawapannya senang.. anda belum menemui KUNCI nya lagi untuk membuatkan hati kami berkata..
YES YES YES...

suka.. demam lagi..

demam kali kedua utk tahun ini..
dlm duk demam2 nie bosan jgk..
lantas mengambil buku yang telah lama dibeli.. tetapi rasanya belum habis dibaca lagi.. bertajuk.. "berita gembira buat pesakit dan doktor.."





banyak kata2 "pujukan" untuk mereka yang sakit agar kembali bersemangat..
hikmah2 disebalik ujian sakit ini.. antaranya..


  • penyakit yang kita alami sebenarnya melatih kita supaya mendapatkan sifat2 yang terpuji, sabar, reda, tawakkal,mengharapkan pertolongan Tuhan dan menghargai dunia hanya nikmat sementara.

  • kegelisahan ataupun perasaan was was menyebabkan penyakit yang kita tanggung menjadi berat dua kali ganda.

  • ada kalanya Tuhan menyediakan suatu darjat bagi seseorang, tetapi tidak dapat dicapai dengan amalannya, sehingga diuji dengan bala yang menimpa pada jasmaninya. oleh yang demikian ,darjat itu dapat dicapai.

ada banyak lagi.. nak tau lagi.. baca la sendiri.. hehe..

Thursday, January 27, 2011

bila kanak2 mula keliru..

dalam mggu lepas ada kena ajar budak2 kelas fardhu ain.. topik minggu tu "adab berpakaian"..


antara adab berpakaian menurut Islam..

  • longgar
  • tidak jarang
  • menutup aurat
  • melabuh pakaian sehingga tumit bg perempuan.
  • memakai baju dengan mendahulukan tangan kanan.
pahtu ajar doa berpakaian dekat budak2 nie..

tapi...
masa terangkan kat diorang pasal adab berpakaian yang betul nie..
banyak betul soalan diorang.. antaranya..

"naper sekarang ni ramai orang pakai baju kurung, tapi baju tu jenis jarang..?"
"org men bola yang pakai seluar nmpaklutut tu?"
"baju kawin tu napaer panjang ustazah? smpai meleret2.."

kesian diorang.. diorang keliru antara benda yang bleh buat dengan benda yang xleh buat..
semakin keliru bila benda yang xleh buat tu, tapi ramai orang dewasa buat..


p/s: kepada orang2 dewasa..(macam kita) jadi la contoh yang baik untuk kanak2 nie.. mereka ibarat kain putih... bersih.. melihat contoh yang ada.. lalu turut mengikut apa yang contoh itu lakukan..

Tuesday, January 25, 2011

jom kawin kat siam..

bila berkahwin di luar negara nie.. secara direct nye, status perkahwinan tu di kira sebagai tidak berdaftar.. 
jangan ikut sangat kata hati.. kalau dah jodoh tu tak kan ke mana...

faktor2 nikah tak berdaftar..

  • masalah keluarga..  ni kebanyakannya bila keluarga tidak merestui pernikahan tu.. contoh calon lelaki tak sesuai, tak sekufu, masih belajar atau lkeluarga sudah mempunyai calon yang sendiri untuk anak2..
  • sebilangan mereka berkahwin di luar negara bagi tujuan untuk poligami dan tidak mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.. haa.. siapa kata nak kawin lebih tu senang??
  • mengelak pihak majikan atau keluarga tahu.. ni mungkin yang kerja, kat kontrak tu tulis tidak boleh berkahwin..


kesan nikah tidak berdaftar
  • memungkinkan pasangan dipisahkan sekiranya pernikahan itu tidak sah.
  • pasangan dikenakan denda dan/atau penjara
  • sukar untuk menuntut hak nafkah,hak penjagaan,nafkah anak
  • masalah dalam pembahagian harta dan lain2
tu dia bahaya2 bernikah di luar negara nie.. tetapi.. kalau lah dah ter nikah.. hurm.. nak buat macaman.. meh2 baca.. jangan kalut..
  • penikahan itu perlu didaftarkan enam bulan dari tarikh pasangan kembali ke tanah air..
  • jika suami masih tidak mahu mendaftarkan perkahwinan, si isteri boleh mendaftarkannya sendiri. tidak perlu menunggu suami.
  • kemukakan sijil perkahwinan atau sebarang bukti lisan atau bertulis bahaa perkahwinan dilangsungkan.

ikatan yang suci itu biarlah bermula dengan baik..


p/s: kepada mereka yang bercita2 untuk kahwin kat siam.. fikir la bebaik.. banyak sangat buruk dari baik..

 kepada kenalan rapat yang bernikah kat siam tu, saya harap awak daftar la cepat2 perkahwinan tu.. jangan diikut sangat kata2 si lelaki itu.. menjadi yang nombor dua bukan senang.. kesian kat awak nanti.. anak2 pun akan menanggung susah yang sama.. nak bersalin nanti susah, nak sekolah susah..

kepada lelaki.. guna la cara yang baik untuk memiliki..

Thursday, January 20, 2011

player ker?

seorang kawan bertanya.. "ko dengan budak tu lagi ker..?"
"a'ah.. knp?" soalku kembali..
"pahtu np aku tgk ko mcm nk cari yang lain je kat fb.." jawab kawan yg bertanye..


tu satu situasi.. situasi yang lain plak..


"aimi.. ____ (sila isi tempat kosong) tu saper?"
"Future husband.. haha.. knp tanyer..?" siap gelak2 lagi aku jwb.. terasa mcm gatal jwb macam tu..
"owh.. patut laa aku nampak ___________ selalu komen kat fb ko.."


pertayaan dan kenyataan kawan2 saya yang sangat kontra..
situasi pertama.. mugkin kawan saya tengok saya ramah sangat kut serta ramai berkawan.. tu kawan2 sekolah.. kawan2 yang rapat.. masa kat uia tak berkawan sangat dengan lelaki..


situasi kedua.. saya rasa dia tak tau kut pasal si FH nie.. sebab saya nie jenis jarang bercerita.. jadi memang tak ramai la yang tahu..


kawan2 jangan risau yer.. umur sekarang pun dah 26..  kalau kira ikut bulan 25 thn.. nak jgk muda kan.... 
rasa nya umur ni  tak sesuai untuk putus cinta kut.. sebab umur ni umur patut fikir pasal kawin...


umur ni pun tak sesuai cari yang lain kut.. umur ni untuk mengenali untuk berpindah ke alam permulaan untuk hidup bersama.. doakan ye kawan..


 yaa.. saya tahu saya ramai kawan.. terima kasih untuk peringatan2 itu.. jangan la hati ini berpaling arah..
saya tahu saya cantik, comel, ceria.. sebab tu ramai nak try ngorat.. haha.. gatal lagi bunyi di situ.. FH sila jaga saya dengan baik ye.. 

Wednesday, January 19, 2011

anda yg baru!!??

susah untuk berubah ke arah kebaikan.. di sini ada beberapa tips untuk kita cuba menjadi lebih baik.. senang kata tips untuk berhijrah dari diri yang lama ke arah diri yang baru..


pertama :tuliskan matlamat anda..
letakkan ditempat yang anda senang nampak.. ketika menulis matlamat ini, jelaskan sebaik2 nya apa yang anda mahukan.
matlamat yang ditulis ini harus la ada tarikh mula dan tamat, bagaimana sesuatu itu akan dicapai..
contoh no satu
"saya nak menjadi seorang yang lebih rajin.."-ayat yang kurang jelas..


"saya nak menjadi seorang yang rajin melipat pakaian, sekurang2nya satu jam setelah ia diturunkan dari ampaian.." -ayat ini lebih jelas..


contoh kedua..
"saya mahu menabung.."-tidak jelas..


"saya mahu menabung sekurang2nya rm 300 ke dalam akaun simpanan tetap saya setiap bulan"- ini lebih jelas..


kesan daripada menulis matlamat yang jelas ini
1)akan menerangkan hala tuju apa yang anda mahukan..
2) membuatkan anda lebih teruja utk mendapatkan nya..
3)akan mencetuskan keyakinan dan emosi yang positif dalam diri anda.




ketahui arah tujuan anda.. lebih mudah untuk anda mencapai tujuan..


kedua :canangkan kepada orang lain apa yang anda mahu lakukan..
ceritakan kepada teman anda dengan penuh semangan dan positif.. apabila kita bercerita kepada orang lain ini akan menjadikan kita lebih fokus untuk mencapai matlamat itu, lebih yakin untuk berjaya, malah mungkin orang yang mendengar itu akan menunaikan serata menolong anda mencapai hasrat itu..

bila habis bercerita.. teman kita mungkin akan memberikan pendapat.. maka kita mempuniya 3 pilihan untuk menghadapi situasi pendapat itu..

situasi pertama : terima pendapat itu
situasi ke2: buang pendapat itu
situasi ke3: terima sebahagian dam buang selebihnya

jadi pilih la teman yang sebaik2 nya untuk diceritakan..

terakhir: yakin
anda harus yakin untuk berubah.. anda mampu untuk menjadi yang lebih baik..
apabila anda menguatkan keyakinan di hati, anda akan lebih percaya matlamat anda untuk berubah akan berjaya dan mudah untuk dicapai..




 selamat mencuba!!

Mahallah Talhah Representative Committee (MRC Talhah) 2010/2011

tahniah utk pemilihan baru line up Mahallah Talhah Representative Committee (MRC~Talhah).. untuk generasi ketiga.. doakan kamu dapat menunaikan tanggungjawab ini dengan sebaik2 nya..(sedikit lmbat wish tahniah..)

gambar untuk kenangan..


line up untuk generasi pertama..
2008/2009 (cari la saya dalam picture nie.. masa nie tahun last kat uia kuantan)


generasi kedua.. 2009/2010


sekarang punya tenure.. 2010/2011


selamat menjalankan tugas..
 kepada yang lama.. teruskan menyokong Kolej kita.. bantu apa yang perlu untuk line up baru ini..

 kepada yang baru.. ingat.. tanggungjawab itu amanah.. kalau tak terpikul amanah tu nanti kat akhirat kena tanya tau.. jangan ingat nak glamer je jadi rep..


Tuesday, January 18, 2011

epy besday...

selamat ulang tahun hr lahir untuk kesayangan ku... 17 jan 2011..

semoga diberkati umur..
semoga kamu diberikan kesihatan yang berpanjangan..
semoga berjaya untuk setiap apa yang kamu lakukan..
semoga bahagia dimana kamu berada..
semoga tenang selalu dalam apa jua situasi..
semoga ceria selalu dalam kehidupan kamu..
semoga dipermudahkan segala urusan kamu..
semoga apa yang kamu hajati diperolehi dengan mudah..


semoga......
semoga......
semoga......

senang cerita.. saya doakan segala yang terbaik untuk kamu..

amin..

p/s:sungguh saya sayangkan kamu walaupun kamu tak tahu.. 
jaga diri kat tempat orang yer sayang..

Sunday, January 16, 2011

sihir pelaris..

sangat x suka dgn peniaga kat pasar nie..
duk men sihir untuk jatuh kan bisness orang lain..
duk men tuju2 untuk rosakan bisness orang lain..
berniaga bebaik x bleh ker?
 xbaik tau..
syirik..
pahtu.. menyakiti saudara lain..
klu tuju bisness x maju.. kesian.. kacau periuk nasi orang lain..
klu tuju pasal kesihatan.. kesian.. terpaksa berubat lama..

cuba la bersaing dengan cara yang sihat..
malu saya dengan perangai makcik2 n pakcik2 kat pasar ni yang banyak pakai bomoh..


tekak terasa loya..
perut terasa mual.. 
bila fikirkan yang dah banyak makan makanan yang diaorang jual..
kotor kah makanan yang masuk ke dalam perut ku ini..
suci kah makanan yang telah menjadi isi daging ku ini..
huhu.. 


Ya Allah.. lindungi la aku dari segala kejahatan manusia..
jauh kan lah aku dari segala keburukan daripada perniagaan ini..

Thursday, January 13, 2011

baru nak buat azam..

haha.. nk tiru azam kawan yg dia tulis kat status dia la..
azam 2011.. azam utk...
...
...
...

xmo ckap..
tp nk tulis indirect la..
klu yg berkenaan masih nak mendiamkan diri n xnak bgtau apa2 pasal relationship ni n xhantar rombongan tahun nie..
alamak nya.. awak sarung cincin kat jari org lain la yer..


haha.. bleh x? bleh la..
gatal.. tp nk jgk confession... dr duk tertanya2 kan..

hadiah dari kawan..

hr selasa a.k.a semalam kpd semalam dpt hadiah dr seorang kawan lama.. kawan sm2 belaja kat sekolah men..
kawan sm2 blaja kat uia..


best2.. mekasih2..
rasanya langsir yang kawan bg tu sesuai jgk utk kawin bt hiasan bilik ker pelamin ker pintu ker or mgkin utk raya....
sbb nmpak sgt modern n elegant.. 
ehem2.. ada mood utk kawin nampak.. haha..


sekadar gambar hiasan..


dah siap pasang.. tp cabut balik sbb sayang nk guna.. takut rosak.. cntik sangat.. warna kegemaran plk tu.. tggu waktu yang sesuai utk guna.. sabar ye langsir..

Sunday, January 9, 2011

anak dara kena rajin!

alkisah nya bermula.. makcik gerai sebelah saya duk membebel dekat anak dia yang malas buat kerja umah.. tapi walaupun dia membebel, anak dia xde kat situ.. jd yang kena dengar siapa lagi.. saya  jgk.. dan sorang lagi pekerja makcik tu..



ni saya dengar dan taip ayat makcik tu.. rumusan je yer apa yang dia bebel tu.. sebab dia bebel banyak.. tapi saya nak tulis point utama dia je..

"perempuan nie.. sebelum kawin.. masa nie la nak tolong mak.. bila kawin, dah tak kena tolong mak.. kena tolong laki.. tapi bila tak kawin lagi dah malas tolong mak bila lagi nak tolong mak..."

sangat setuju.. sebab..

perempuan.. hukum dia ibu bapa duk no 1 untuk dipatuhi..
tetapi.. bila dah kawin.. orang no 1 yang patut dia taat ialah suami..

lelaki.. walaupun belum atau dah kawin..
taat ibu bapa adalah perkara utama..

okay perempuan2 diluar sana..
ingat.. sekiranya anda belum berkahwin.. dengar la cakap mak.. penat dia jg kita dari kecik kalau kita malas nak dengar cakap.. lagipun.. mak kita dah banyak sangat buat kerja rumah.. bagi la dia rehat.. kita pulak yang ambik alih tugas2 kemas umah, basuh baju, lipat baju, masak dll..

sekiranya anda telah berkahwin.. taat la kat suami.. redha suami.. senang la kita kat akhirat.. kalau x dengar cakap suami.. susah tu..
pernah terbaca sebuah buku bertajuk "111 wasiat Rasulluah untuk wanita solehah"..
perkara pertama dalam buku tu.. TAAT KEPADA SUAMI
FH patut berbangga dekat saya sebab baca buku2 gini.. haha..

sebagai penutup..
hargailah mereka disekeliling kita.. sementara mereka masih ada..
tunjukkan lah kasih sayang kita.. sementara mereka dapat merasai kasih sayang itu..

dari kecil sebesar biji nasi sehingga sekarang.. adakah kita pernah menghargai..?

Friday, January 7, 2011

kawan upgrade jd soul dear?

hoho.. berfikir dahulu sebelum bertindak.. bila mahu bercinta dengan kawan sendiri..
bila berkawan, mungkin kita rasakan kita agak serasi.. tapi bila bercinta, kita rasakan kita lagi sesuai sebagai kawan..

for me la kan.. agak xbest bila bercinta dengan kawan sendiri.. sebab.. dah tahu perangai dia macamana.. dah tau buruk dia macamn..
lagi satu dah tau dia suka ape, x suka ape.. jd macam sedikit tidak mencabar untuk menerokai lebih banyak lagi mengenai dia..

okay.. ni ade sedikit tips sekiranya kawan korang nak ajak korang bercinta..
p/s: sy ade guna salah satu tips nie sebagai alasan untuk menolak.. dan sy TIDAK pernah rasa menyesal dengan pilihan yang sy buat.. 

PERTAMA
menyatakan kepadanya bahawa kamu tidak sesuai bercinta dengan dia kerana kamu sudah menganggap dia sebagai sahabat dunia akhirat..

tips ke2
terangkan bahawa kamu tidak sesuai menjadi kekasih nya kerana kamu bersikap kasar ketika bersahabat dengan dia dan kamu tiada ciri2 sebagai kekasih untuk dia.

nombor 3
nyatakan kepada dia bahawa sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak akan dapat mengikut semua kehendaknya.

ke4
jelaskan kepada dia bahawa kamu lebih sayang kan sebuah persahabatan daripada memberkan sebuah komitmen sebagai kekasih.. kekasih kena ade komitmen tau encik2 dan puan2..

cara ke lima..
beritahu bahawa kamu lebih mesra dan selesa sebagai kawan KERANA KAMU SUDAH TAHU PERANGAI BURUK NYA..

cara yg ke 6, tapi aku rasa xsesuai dan x setel masalah..
elakkan bertembung dengan dia..

terakhir..
tegas kepada diri sendiri yang kamu betul2 tidak dapat menerima. ikut kata hati anda dan jangan sesekali termakan pujuk rayu kawan anda. nyatakan kepada dia walau apa pun berlaku... dia TETAP SAHABAT ANDA..




sebagai penutup, gambar nie bleh x? nie masa saya kat matrik kut..

Monday, January 3, 2011

hari pertama persekolahan..

Selamat kembali ke sekolah.. kepada ibubapa yang menghantar anak pertama ke sekolah.. ini antara saat paling indah untuk anda.. ~mendaftarkan anak ke sekolah~
pelbagai ragam dihari pertama persekolahan.. da yang menangis.. ada yang gembira.. ada yang ketakutan.. ada yang dah pandai mengusik rakan..


saya.. berpeluang menghantar anak kesekolah untuk hari pertama.. hehe.. sebenarnya bukan anak betul.. anak saudara je ye puan tuan..
sedikit gambar untuk kenangan..





kelibat ibubapa yang sedang memerhatikan anak2 yang ada perhimpunan pagi





si cilik yang dihantar ke sekolah



gambar rakan sekelah si cilik.. kurang jelas ye.. kamera hp je..



inilah si cilik itu..


semoga anak2 yang putih bersih ini akan dididik dengan baik.. guru2.. anda lah pelukis nya..
'conteng' anak buah saya dengan baik2 ye.. cantik.. semoga dia akan jadi insan yang berguna suatu hari nanti..