Wednesday, January 19, 2011

anda yg baru!!??

susah untuk berubah ke arah kebaikan.. di sini ada beberapa tips untuk kita cuba menjadi lebih baik.. senang kata tips untuk berhijrah dari diri yang lama ke arah diri yang baru..


pertama :tuliskan matlamat anda..
letakkan ditempat yang anda senang nampak.. ketika menulis matlamat ini, jelaskan sebaik2 nya apa yang anda mahukan.
matlamat yang ditulis ini harus la ada tarikh mula dan tamat, bagaimana sesuatu itu akan dicapai..
contoh no satu
"saya nak menjadi seorang yang lebih rajin.."-ayat yang kurang jelas..


"saya nak menjadi seorang yang rajin melipat pakaian, sekurang2nya satu jam setelah ia diturunkan dari ampaian.." -ayat ini lebih jelas..


contoh kedua..
"saya mahu menabung.."-tidak jelas..


"saya mahu menabung sekurang2nya rm 300 ke dalam akaun simpanan tetap saya setiap bulan"- ini lebih jelas..


kesan daripada menulis matlamat yang jelas ini
1)akan menerangkan hala tuju apa yang anda mahukan..
2) membuatkan anda lebih teruja utk mendapatkan nya..
3)akan mencetuskan keyakinan dan emosi yang positif dalam diri anda.




ketahui arah tujuan anda.. lebih mudah untuk anda mencapai tujuan..


kedua :canangkan kepada orang lain apa yang anda mahu lakukan..
ceritakan kepada teman anda dengan penuh semangan dan positif.. apabila kita bercerita kepada orang lain ini akan menjadikan kita lebih fokus untuk mencapai matlamat itu, lebih yakin untuk berjaya, malah mungkin orang yang mendengar itu akan menunaikan serata menolong anda mencapai hasrat itu..

bila habis bercerita.. teman kita mungkin akan memberikan pendapat.. maka kita mempuniya 3 pilihan untuk menghadapi situasi pendapat itu..

situasi pertama : terima pendapat itu
situasi ke2: buang pendapat itu
situasi ke3: terima sebahagian dam buang selebihnya

jadi pilih la teman yang sebaik2 nya untuk diceritakan..

terakhir: yakin
anda harus yakin untuk berubah.. anda mampu untuk menjadi yang lebih baik..
apabila anda menguatkan keyakinan di hati, anda akan lebih percaya matlamat anda untuk berubah akan berjaya dan mudah untuk dicapai..




 selamat mencuba!!

6 comments:

sekamar rindu said...

salam..

singgah folo ur blog..

****nice blog

aimi nadiah said...

mekasih.. jemput la lagi..

nida husna said...

tips yg bagus,,ekeke

aimi nadiah said...

cb la.. kut2 bleh berubah.. hehe..

cik yayah said...

"sy nk kwen bsok n dpt ank 9 bln kemudian" jelas, muktamad dan mutakhir! haha

aimi nadiah said...

cik yayah: sy nk kawin thn dpn dan nak anak 9 bulan kemudian.. haha..