Friday, September 10, 2010

slmt menyambut hr raya..


selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. thun nie warga malaysia sambut pada 10hb september 2010..


semoga tahun ini sambutan aidilfitri lebih diberkati.. sambut secara sederhana tapi meriah..


kali just nak menceritakan telatah dua orang anak buah aku.. nik nur afiqah faqihah n nik nur aqilah qistina..





kat atas ni nik nur aqilah qistina.. tengok.. macamana dia punya 'semangat' nak sambut raya... hehe.. kami si mak sedara nie bkn men lg duk kemas umah.. tapi dia pulak mengemas umah dengan style tersendiri nye.. hehe..





yang ni plak si kakaknye.. nik nur afiqah faqihah.. masa nie kitaorang duk bersiap untuk keluar beraya.. bila dia tengok je kitaorang duk make up, mula la dia nak tumpang sekali.. hehe.. ambik pembayang mata "ngan warna kegemarannye= pink" pahtu pakai sendiri.. lepas tu ambik lipstick plk.. mulanya dia nak ambik lipstick yng berwarna oren.. tp bl tgk si makciknye memakai lipstik berwarna merah.. dia pun terus menukar lipstick yang diambil nya.. pakai sendiri jugak..

hurm.. mana dia belaja ntah.. pandai jgk dia pakai.. ni mesti kes tgk mak sedara yang slalu make up nie.. hehe..

















Wednesday, October 14, 2009

convocation..

hari tu 10 hb okt.. baru je lepas konvo.. sidang 2..
kos aku plk duk kat seat blakang skali.. pe lg.. bt hal sndiri la dlm dewan tu..
nice moment..
rs mcm nak blaja lg.. nk konvo lg..
hehe..
bleh ker?
bleh la..

Sunday, May 24, 2009

sy bl abis blaja

terasa rindu ngn study life dulu..
sibuk ngan futsal..
sibuk ngan kolej..
sibuk handle prog..
terkenang2 zaman kesibukan yg sy x pernah merungut.. hehe.. best giler.. waluapun penat rasanye ianya berbaloi..
so.. nasihat utk my juniors..
enjoy la zaman study korng tu sepuas2nya..

Monday, April 6, 2009

bila cinta bersemi..

bila cinta bersemi..
bersama kita berilusi..
telah kita lewati..
ranjau yg berduri..
telah kita renangi..
lautan api..
cinta di alam fantasi..
yang akan berakhir suatu hari nnti..
tidak di sini..
di sana pasti..

Sunday, April 5, 2009

gelora cinta si gadis..

Entah berapa lama, tangisku mulai reda. Ku ucap istighfar berulangkali, di bibir dan di hati. Segera ku kesat wajah berbekas air mata. Ku pandang jam dinding menunjukkan angka lapan. Ku gumam istighfar dan ta’awudz silih berganti. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu yang dhaif dan hina ini kerana terlalu mengikut hati dan
perasaan. Hati ku terus memohon keampunan atas keterlanjuran yang pasti tipu daya syaitan.

Entah sejak bila bermula. Ada keanehan mengalir dalam diri bila berdepan dengannya. Wajah redupnya menarik pandangan dan lembut tutur katanya mempesona pendengaran. Fikiran jadi kacau. Jiwa dirantai sejuta perasaan. Memandangnya walau sekilas bagai satu mukjizat. Suara, perwatakan bahkan langkah yang diatur mengkaku tiap pancaindera. Minda terus-menerus diburu gambaran wajahnya. Hati tak berhenti melakar namanya. Subhanallah, apakah yang melanda diriku? Apakah ini namanya cinta? Bagaimana caranya untuk ku menanganinya? Ya Allah, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini, berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu.
Adakah perasaan ini cinta yang fitrah ada pada setiap remaja yang menginjak dewasa? Apakah ia jalan ketakwaan? Atau jalan kefasikan? Mungkinkah keuntungan yang akan ku capai atau kerugian yang bakal ku tanggung? Soalan demi soalan menguji hati dan mindaku.

Kuatkah aku melawan perasaan? Membunuh rasa cinta yang semakin mekar berbunga? Apakah aku lemah andai ku biar ia subur menghuni hati? Kurangkah cinta Tuhanku yang selama ini indah ku kecapi? Mampukah aku kehilangan cinta hakiki Ilahi demi cinta ini? Antara dua cinta aku menjadi buntu sama sekali.
Memang aku penggemar cerita sufi. Tapi tiada niatku meniru Rabiah Al- Adawiyah. Sungguh aku takjub dengan cinta Siti Zulaikha. Tapi tidak terdetik dikalbu menagih cinta seorang pun jejaka. Namun, sesungguhnya aku mengagumi Siti Maryam, begitu sabar dan tabah biar diuji dugaan yang tak tertanggung oleh mana-mana gadis pun sepanjang zaman dan tempat. Namun, istimewanya dia gadis suci yang wara’ yakin
dengan janji-janji Tuhannya.

Dia masih menghiasi hari-hari ku di fakulti. Ada beberapa tugasan yang memerlukan kami berkomunikasi. Aku cuba menjadikannya seminimal mungkin. Aku sedaya-upaya menjauhkan diri. Tingkahku kadang-kala seperti membenci. Aku tak mahu melukakan hati sesiapa tapi murka Allah lebih perlu ku jaga. Perasaan itu adakala memudar. Tapi kadang-kadang begitu mencengkam sanubari. Aku tegar mendekati Tuhan. Malam-malam ku hiasi dengan pujuk rayu, memohon tanpa henti diberi kekuatan melawan perasaan. Aku makin rajin hanyut dalam kalamullah, Al- Furqan benar-benar penawar hati yang mustajab. Dalam keasyikan menghayati keindahan
dalam pembacaan, aku jadi leka seketika dari zikir tentangnya. Zikir yang aku sendiri tak mahu mengungkapnya tapi hadir tanpa rela.

Bila waktu perasaan itu benar-benar menduga, adakala aku mengharap amat dia memulakan langkah pertama. Aku berharap dia juga punya perasaan sepertiku. Aku harap ada hubungan menjalin perasaan itu. Aku harap cinta itu mekar dan saling berpadu. Malahan adakala kutitip dalam doa di kala dinihari.

Ada ketika, bila dia melintas di depan mata aku berharap dia berhenti, menatap wajahku dan mengungkap kalimah keramat yang sangat ku rindu. Aku berharap di menggenggam tanganku dan bawa aku melestarikan cinta berdua. Tapi itu cuma harapan. Dia tidak pernah menjelingku walau sekilas. Aku juga tak mahu begitu. Aku cuma mengharap kerana perasaan itu begitu mendesak. Namun tangisku akan panjang setelah itu. Rasa kesal mendalam kerana cinta Tuhan yang patut ku damba, bekhalwat dengan-Nya yang wajar ku impi, menggapai kasih-Nya yang mesti ku rindu. Betapa hitam hatiku hingga tidak mengenal apa yang utama. Ya Allah, aku pohon Engkau menghapuskan ingatan ku padanya, tak sanggup aku menanggung tompokan hitam yang begitu memberat di kalbu.
Lebih empat tahun aku mengekang perasaan. Segalanya telah kulakukan demi mengekalkan kesucian dalam jiwa. Tinggal saja aku tak sanggup menukar jurusan yang ku pilih kerana minat mendalam yang tak mungkin ku singkir.

Aku berpegang pada janji Allah. Dalam Surah An-Nur, ayat 26; bermaksud ‘wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula’. Aku yakin aku akan menemui pemilik tulang rusuk yang darinya aku dicipta. Aku pasti telah tertulis di luh mahfuz namanya. Bukan aku menyerah takdir tapi aku benar-benar yakin kepada-Nya.

Hari konvokesyen adalah hari yang dinanti-nanti setiap insan yang bergelar mahasisiwa. Sejak melangkah ke menara gading, aku tak pernah berhenti membayangkan hari konvokesyen yang gilang-gemilang yang bakal aku hadiri sebagai seorang siswazah. Hari itu pasti mengukir sejarah manis dalam diari setiap insan yang melaluinya. Siapa sangka pada hari itu aku menerima lafaz keramat yang selama ini ku nanti.

“Saya...saya.....sudikah awak menjadi isteri saya?” aku disunting dalam barisan beratur menunggu giliran untuk naik ke pentas. Wajahku merona merah, jantungku yang dari tadi berdegup kencang kerana terpaksa berada di hadapannya dalam barisan itu semakin dipalu-palu rasanya. Aku diam. Hilang punca untuk berbicara.

“Saya anggap diam tanda setuju. Insya-Allah, dalam minggu depan ibu bapa saya akan bertandang ke rumah awak. Awak tak perlu risau, saya sudah mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap,” lancar bicaranya. Lidah ku kelu sama sekali. Tentu sekali tidak menyangka ada sejarah lain yang bakal terukir dalam memoriku hari ini selain majlis konvokesyen yang penuh berprestij.

Aku tak tahu apa perasaanku saat ini. Segala bercampur-baur tidak menentu. Aku bimbang hilang konsentrasi sedang aku bakal naik ke pentas dalam beberapa minit lagi. Aku mengosongkan minda kecuali bergumam di ruang fikiran, ‘janji Allah itu pasti’.
bkn hasil karya saya.. didownload dr www.scribid.com
lepas tu saya edit sket.. sbb cerita dia panjang.. so, jd la mcm ni..
semoga kita bleh ambil sesuatu dr cerita di atas..