Sunday, January 9, 2011

anak dara kena rajin!

alkisah nya bermula.. makcik gerai sebelah saya duk membebel dekat anak dia yang malas buat kerja umah.. tapi walaupun dia membebel, anak dia xde kat situ.. jd yang kena dengar siapa lagi.. saya  jgk.. dan sorang lagi pekerja makcik tu..



ni saya dengar dan taip ayat makcik tu.. rumusan je yer apa yang dia bebel tu.. sebab dia bebel banyak.. tapi saya nak tulis point utama dia je..

"perempuan nie.. sebelum kawin.. masa nie la nak tolong mak.. bila kawin, dah tak kena tolong mak.. kena tolong laki.. tapi bila tak kawin lagi dah malas tolong mak bila lagi nak tolong mak..."

sangat setuju.. sebab..

perempuan.. hukum dia ibu bapa duk no 1 untuk dipatuhi..
tetapi.. bila dah kawin.. orang no 1 yang patut dia taat ialah suami..

lelaki.. walaupun belum atau dah kawin..
taat ibu bapa adalah perkara utama..

okay perempuan2 diluar sana..
ingat.. sekiranya anda belum berkahwin.. dengar la cakap mak.. penat dia jg kita dari kecik kalau kita malas nak dengar cakap.. lagipun.. mak kita dah banyak sangat buat kerja rumah.. bagi la dia rehat.. kita pulak yang ambik alih tugas2 kemas umah, basuh baju, lipat baju, masak dll..

sekiranya anda telah berkahwin.. taat la kat suami.. redha suami.. senang la kita kat akhirat.. kalau x dengar cakap suami.. susah tu..
pernah terbaca sebuah buku bertajuk "111 wasiat Rasulluah untuk wanita solehah"..
perkara pertama dalam buku tu.. TAAT KEPADA SUAMI
FH patut berbangga dekat saya sebab baca buku2 gini.. haha..

sebagai penutup..
hargailah mereka disekeliling kita.. sementara mereka masih ada..
tunjukkan lah kasih sayang kita.. sementara mereka dapat merasai kasih sayang itu..

dari kecil sebesar biji nasi sehingga sekarang.. adakah kita pernah menghargai..?

Friday, January 7, 2011

kawan upgrade jd soul dear?

hoho.. berfikir dahulu sebelum bertindak.. bila mahu bercinta dengan kawan sendiri..
bila berkawan, mungkin kita rasakan kita agak serasi.. tapi bila bercinta, kita rasakan kita lagi sesuai sebagai kawan..

for me la kan.. agak xbest bila bercinta dengan kawan sendiri.. sebab.. dah tahu perangai dia macamana.. dah tau buruk dia macamn..
lagi satu dah tau dia suka ape, x suka ape.. jd macam sedikit tidak mencabar untuk menerokai lebih banyak lagi mengenai dia..

okay.. ni ade sedikit tips sekiranya kawan korang nak ajak korang bercinta..
p/s: sy ade guna salah satu tips nie sebagai alasan untuk menolak.. dan sy TIDAK pernah rasa menyesal dengan pilihan yang sy buat.. 

PERTAMA
menyatakan kepadanya bahawa kamu tidak sesuai bercinta dengan dia kerana kamu sudah menganggap dia sebagai sahabat dunia akhirat..

tips ke2
terangkan bahawa kamu tidak sesuai menjadi kekasih nya kerana kamu bersikap kasar ketika bersahabat dengan dia dan kamu tiada ciri2 sebagai kekasih untuk dia.

nombor 3
nyatakan kepada dia bahawa sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak akan dapat mengikut semua kehendaknya.

ke4
jelaskan kepada dia bahawa kamu lebih sayang kan sebuah persahabatan daripada memberkan sebuah komitmen sebagai kekasih.. kekasih kena ade komitmen tau encik2 dan puan2..

cara ke lima..
beritahu bahawa kamu lebih mesra dan selesa sebagai kawan KERANA KAMU SUDAH TAHU PERANGAI BURUK NYA..

cara yg ke 6, tapi aku rasa xsesuai dan x setel masalah..
elakkan bertembung dengan dia..

terakhir..
tegas kepada diri sendiri yang kamu betul2 tidak dapat menerima. ikut kata hati anda dan jangan sesekali termakan pujuk rayu kawan anda. nyatakan kepada dia walau apa pun berlaku... dia TETAP SAHABAT ANDA..




sebagai penutup, gambar nie bleh x? nie masa saya kat matrik kut..

Monday, January 3, 2011

hari pertama persekolahan..

Selamat kembali ke sekolah.. kepada ibubapa yang menghantar anak pertama ke sekolah.. ini antara saat paling indah untuk anda.. ~mendaftarkan anak ke sekolah~
pelbagai ragam dihari pertama persekolahan.. da yang menangis.. ada yang gembira.. ada yang ketakutan.. ada yang dah pandai mengusik rakan..


saya.. berpeluang menghantar anak kesekolah untuk hari pertama.. hehe.. sebenarnya bukan anak betul.. anak saudara je ye puan tuan..
sedikit gambar untuk kenangan..





kelibat ibubapa yang sedang memerhatikan anak2 yang ada perhimpunan pagi





si cilik yang dihantar ke sekolah



gambar rakan sekelah si cilik.. kurang jelas ye.. kamera hp je..



inilah si cilik itu..


semoga anak2 yang putih bersih ini akan dididik dengan baik.. guru2.. anda lah pelukis nya..
'conteng' anak buah saya dengan baik2 ye.. cantik.. semoga dia akan jadi insan yang berguna suatu hari nanti..

Thursday, December 30, 2010

teman saat mandi..


seme orang suka mandi kan.. jom usha2 tip pilih sabun mandi.. haha.. jgn pandang rendah okay..





sabun yang pelbagai.. tapi tahu ker kita pilih yang mana satu?




ketahui jenis kulit anda
klu jenis kulit kita nie sensitif.. seboloeh2 nya kita pilih sabun yang berasal dari bahan organik.. contoh dari lidah kulit buaya a.k.a aloe vera,olive oil,vitamin e dll.. khasiat2 organik nie akan meberikan khasiat yang secukupnya kpd kulit anda..
klu yang jenis kulit berminyak pilih sabun glycerin or sabun noncomedogenic.




perhatikan bhn yang tidak sesuai untuk kulit..


ni bagi mereka yang mempunyai alergi, anda harus melihat bahan2 yg anda alah ye..
nnti x pasal2 kulit merah2, gatal2..
sekiranya kamu alah pada wabgian, sabun buku adalah lebih sesuai berbanding sabun cecair a.k.a shower cream..






aroma wangi
sabun beraroma buah buahan sesuai digunakan pada waktu pagi untuk membangkitkan semangat.. bagi sabun aroma bunga bungaan baik untuk memberikan kesan pada mlm hari...

Wednesday, December 29, 2010

2009+2010 = 2011

2011.. huhu.. dah nak 26yeras old... mcm xdpt terima kenyataan je..
sebagai penutup 2010 nie.. nak bercerita apa yang terjadi tahun ni.. sebagai ingatan...
tapi since 2010 ada kaitan dengan 2009.. jadi nak bercerita sedikit menganai 2009..



2009

1)grad di uia kuantan... setelah lama berlajar.. "6 tahun tu.."



2)convocation saya di uia gombak..

3)convocatioan adik di uitm s alam..

4)kakak tunang dan kawin..

ma kata tahun ni tahun banyak berjalan dan pakai duit.. sebab gi konvo dan kenduri tunang dan kawin..



5)1st time kerja.. jadi guru sandaran dekat sekolah yang ramai sangat cikgu2 yang mengajar diri ini masa sekolah dulu..masa nie baru tahu apa perasaan cikgu2 dulu masa mengajar diri ini..





6)adik excident... sampai sekarang.. orang yang langgar adik saya x datang melawat dan mintak maaf.. dia cuma datang masa excident hari tu cakap "kereta saya nie jenis mahal nak baiki.."
teruk.. adik masa tu duk dalam wad kecemasan lagi untuk dirawat.. kitaorang duk kalut fikir pasal adik dan dia menambahkan kekalutan tu dengan minta duit dan cakap kereta dia mahal.. chit porah! manusia... tgk la nnti kena kat diri sendiri..





2010

1) 1st time ajak FH datang umah dan terus kenalkan kat ma dan abah..



2) duk ulang alik gi hospital.. untuk check up adik.. macam2 peristiwa kat hospital..



3)abang ipar 1st tetiba sakit kaki.. saraf kut.. xleh jalan.. 2-3 bulan jgk..

4)abang ipar 3rd pun masuk hospital jgk sbb saraf jgk.. tapi nie tangan.. bukan kaki macam abang ipar 1st..



5)permintaan last arwah nenek suruh saya buat sesuatu 9 thn yang lalu baru tahun nie saya bgtau ma..
sangat bersalah sebab x tunaikan permintaan arwah masa arwah ada dulu..semoga arwah tenang dan dicucuri rahmat di sana..



6) anak murid saya yang saya ajar tahun 2009, meninggal..
arwah ada jumpa saya dan minta maaf sebelum arwah meninggal..
sgt sedih.. saya sempat terdetik dihati masa dia jumpa saya.. "nak mati ker mintak maaf nie.."
semoga arwah tergolong dalam orang2 yang beriman..



7)kena temankan adik ke kelas masa hantar dia ke sekolah sebab, dia kena bertongkat ke sekolah.. dia xdapat nak bawak beg dia dan buku2 dia sendiri..



8)FH keje jauh.....



2011

harap2..
lebih indah..
lebih cekal..
lebih tabah..
amin.. amin.. amin..