Thursday, January 13, 2011

baru nak buat azam..

haha.. nk tiru azam kawan yg dia tulis kat status dia la..
azam 2011.. azam utk...
...
...
...

xmo ckap..
tp nk tulis indirect la..
klu yg berkenaan masih nak mendiamkan diri n xnak bgtau apa2 pasal relationship ni n xhantar rombongan tahun nie..
alamak nya.. awak sarung cincin kat jari org lain la yer..


haha.. bleh x? bleh la..
gatal.. tp nk jgk confession... dr duk tertanya2 kan..

hadiah dari kawan..

hr selasa a.k.a semalam kpd semalam dpt hadiah dr seorang kawan lama.. kawan sm2 belaja kat sekolah men..
kawan sm2 blaja kat uia..


best2.. mekasih2..
rasanya langsir yang kawan bg tu sesuai jgk utk kawin bt hiasan bilik ker pelamin ker pintu ker or mgkin utk raya....
sbb nmpak sgt modern n elegant.. 
ehem2.. ada mood utk kawin nampak.. haha..


sekadar gambar hiasan..


dah siap pasang.. tp cabut balik sbb sayang nk guna.. takut rosak.. cntik sangat.. warna kegemaran plk tu.. tggu waktu yang sesuai utk guna.. sabar ye langsir..

Sunday, January 9, 2011

anak dara kena rajin!

alkisah nya bermula.. makcik gerai sebelah saya duk membebel dekat anak dia yang malas buat kerja umah.. tapi walaupun dia membebel, anak dia xde kat situ.. jd yang kena dengar siapa lagi.. saya  jgk.. dan sorang lagi pekerja makcik tu..



ni saya dengar dan taip ayat makcik tu.. rumusan je yer apa yang dia bebel tu.. sebab dia bebel banyak.. tapi saya nak tulis point utama dia je..

"perempuan nie.. sebelum kawin.. masa nie la nak tolong mak.. bila kawin, dah tak kena tolong mak.. kena tolong laki.. tapi bila tak kawin lagi dah malas tolong mak bila lagi nak tolong mak..."

sangat setuju.. sebab..

perempuan.. hukum dia ibu bapa duk no 1 untuk dipatuhi..
tetapi.. bila dah kawin.. orang no 1 yang patut dia taat ialah suami..

lelaki.. walaupun belum atau dah kawin..
taat ibu bapa adalah perkara utama..

okay perempuan2 diluar sana..
ingat.. sekiranya anda belum berkahwin.. dengar la cakap mak.. penat dia jg kita dari kecik kalau kita malas nak dengar cakap.. lagipun.. mak kita dah banyak sangat buat kerja rumah.. bagi la dia rehat.. kita pulak yang ambik alih tugas2 kemas umah, basuh baju, lipat baju, masak dll..

sekiranya anda telah berkahwin.. taat la kat suami.. redha suami.. senang la kita kat akhirat.. kalau x dengar cakap suami.. susah tu..
pernah terbaca sebuah buku bertajuk "111 wasiat Rasulluah untuk wanita solehah"..
perkara pertama dalam buku tu.. TAAT KEPADA SUAMI
FH patut berbangga dekat saya sebab baca buku2 gini.. haha..

sebagai penutup..
hargailah mereka disekeliling kita.. sementara mereka masih ada..
tunjukkan lah kasih sayang kita.. sementara mereka dapat merasai kasih sayang itu..

dari kecil sebesar biji nasi sehingga sekarang.. adakah kita pernah menghargai..?

Friday, January 7, 2011

kawan upgrade jd soul dear?

hoho.. berfikir dahulu sebelum bertindak.. bila mahu bercinta dengan kawan sendiri..
bila berkawan, mungkin kita rasakan kita agak serasi.. tapi bila bercinta, kita rasakan kita lagi sesuai sebagai kawan..

for me la kan.. agak xbest bila bercinta dengan kawan sendiri.. sebab.. dah tahu perangai dia macamana.. dah tau buruk dia macamn..
lagi satu dah tau dia suka ape, x suka ape.. jd macam sedikit tidak mencabar untuk menerokai lebih banyak lagi mengenai dia..

okay.. ni ade sedikit tips sekiranya kawan korang nak ajak korang bercinta..
p/s: sy ade guna salah satu tips nie sebagai alasan untuk menolak.. dan sy TIDAK pernah rasa menyesal dengan pilihan yang sy buat.. 

PERTAMA
menyatakan kepadanya bahawa kamu tidak sesuai bercinta dengan dia kerana kamu sudah menganggap dia sebagai sahabat dunia akhirat..

tips ke2
terangkan bahawa kamu tidak sesuai menjadi kekasih nya kerana kamu bersikap kasar ketika bersahabat dengan dia dan kamu tiada ciri2 sebagai kekasih untuk dia.

nombor 3
nyatakan kepada dia bahawa sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak akan dapat mengikut semua kehendaknya.

ke4
jelaskan kepada dia bahawa kamu lebih sayang kan sebuah persahabatan daripada memberkan sebuah komitmen sebagai kekasih.. kekasih kena ade komitmen tau encik2 dan puan2..

cara ke lima..
beritahu bahawa kamu lebih mesra dan selesa sebagai kawan KERANA KAMU SUDAH TAHU PERANGAI BURUK NYA..

cara yg ke 6, tapi aku rasa xsesuai dan x setel masalah..
elakkan bertembung dengan dia..

terakhir..
tegas kepada diri sendiri yang kamu betul2 tidak dapat menerima. ikut kata hati anda dan jangan sesekali termakan pujuk rayu kawan anda. nyatakan kepada dia walau apa pun berlaku... dia TETAP SAHABAT ANDA..




sebagai penutup, gambar nie bleh x? nie masa saya kat matrik kut..

Monday, January 3, 2011

hari pertama persekolahan..

Selamat kembali ke sekolah.. kepada ibubapa yang menghantar anak pertama ke sekolah.. ini antara saat paling indah untuk anda.. ~mendaftarkan anak ke sekolah~
pelbagai ragam dihari pertama persekolahan.. da yang menangis.. ada yang gembira.. ada yang ketakutan.. ada yang dah pandai mengusik rakan..


saya.. berpeluang menghantar anak kesekolah untuk hari pertama.. hehe.. sebenarnya bukan anak betul.. anak saudara je ye puan tuan..
sedikit gambar untuk kenangan..





kelibat ibubapa yang sedang memerhatikan anak2 yang ada perhimpunan pagi





si cilik yang dihantar ke sekolah



gambar rakan sekelah si cilik.. kurang jelas ye.. kamera hp je..



inilah si cilik itu..


semoga anak2 yang putih bersih ini akan dididik dengan baik.. guru2.. anda lah pelukis nya..
'conteng' anak buah saya dengan baik2 ye.. cantik.. semoga dia akan jadi insan yang berguna suatu hari nanti..