Friday, January 7, 2011

kawan upgrade jd soul dear?

hoho.. berfikir dahulu sebelum bertindak.. bila mahu bercinta dengan kawan sendiri..
bila berkawan, mungkin kita rasakan kita agak serasi.. tapi bila bercinta, kita rasakan kita lagi sesuai sebagai kawan..

for me la kan.. agak xbest bila bercinta dengan kawan sendiri.. sebab.. dah tahu perangai dia macamana.. dah tau buruk dia macamn..
lagi satu dah tau dia suka ape, x suka ape.. jd macam sedikit tidak mencabar untuk menerokai lebih banyak lagi mengenai dia..

okay.. ni ade sedikit tips sekiranya kawan korang nak ajak korang bercinta..
p/s: sy ade guna salah satu tips nie sebagai alasan untuk menolak.. dan sy TIDAK pernah rasa menyesal dengan pilihan yang sy buat.. 

PERTAMA
menyatakan kepadanya bahawa kamu tidak sesuai bercinta dengan dia kerana kamu sudah menganggap dia sebagai sahabat dunia akhirat..

tips ke2
terangkan bahawa kamu tidak sesuai menjadi kekasih nya kerana kamu bersikap kasar ketika bersahabat dengan dia dan kamu tiada ciri2 sebagai kekasih untuk dia.

nombor 3
nyatakan kepada dia bahawa sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak akan dapat mengikut semua kehendaknya.

ke4
jelaskan kepada dia bahawa kamu lebih sayang kan sebuah persahabatan daripada memberkan sebuah komitmen sebagai kekasih.. kekasih kena ade komitmen tau encik2 dan puan2..

cara ke lima..
beritahu bahawa kamu lebih mesra dan selesa sebagai kawan KERANA KAMU SUDAH TAHU PERANGAI BURUK NYA..

cara yg ke 6, tapi aku rasa xsesuai dan x setel masalah..
elakkan bertembung dengan dia..

terakhir..
tegas kepada diri sendiri yang kamu betul2 tidak dapat menerima. ikut kata hati anda dan jangan sesekali termakan pujuk rayu kawan anda. nyatakan kepada dia walau apa pun berlaku... dia TETAP SAHABAT ANDA..




sebagai penutup, gambar nie bleh x? nie masa saya kat matrik kut..