Sunday, January 30, 2011

tak pandai bercinta kah?

sengaja nak mengimbau kenangan..

dulu..
dulu okay..
 agak lama terjadinya.. 6 thn yang lalu kut..

seorang lecturer berkata kepada studentsnya..
"budak course kamu nie xpandai bercinta.. memang susah nak ada pakwe.. kamu nie kalau orang kata suka kat kamu, kamu buat selamba je.. tak faham.."
lebih kurang macam tu la ayat dia..

dalam hati berkata..
"ish.. xkan sy nk tnjuk depan sir kut klu saya bercinta.. xkan saya nak tunjuk romantik saya nie depan org semua.. ngan bf sendiri dah la.."


tapi bila difikir2kan skrg.. mmg betul apa yang lecturer saya bgtau tu..
sebab.. mmg kami ramai yang xde bf smpai la ke grad..
sebab.. kami mmg tak paham pun bila si lelaki2 nie sebenarnya sedang meluahkan perasaan sayang mereka kat kami.. kami ingatkan itu hanya gurauan..
sebab.. kami memandang dengan perasaan kosong bila seseorang lelaki tu berkata mengenai perasaan mereka..
sebab.. kami memang buat muka selamba bila ada nya adegan yang dikatakan romantik itu..

plastik kah kami? keraskah hati kami?

jawapannya senang.. anda belum menemui KUNCI nya lagi untuk membuatkan hati kami berkata..
YES YES YES...

suka.. demam lagi..

demam kali kedua utk tahun ini..
dlm duk demam2 nie bosan jgk..
lantas mengambil buku yang telah lama dibeli.. tetapi rasanya belum habis dibaca lagi.. bertajuk.. "berita gembira buat pesakit dan doktor.."





banyak kata2 "pujukan" untuk mereka yang sakit agar kembali bersemangat..
hikmah2 disebalik ujian sakit ini.. antaranya..


  • penyakit yang kita alami sebenarnya melatih kita supaya mendapatkan sifat2 yang terpuji, sabar, reda, tawakkal,mengharapkan pertolongan Tuhan dan menghargai dunia hanya nikmat sementara.

  • kegelisahan ataupun perasaan was was menyebabkan penyakit yang kita tanggung menjadi berat dua kali ganda.

  • ada kalanya Tuhan menyediakan suatu darjat bagi seseorang, tetapi tidak dapat dicapai dengan amalannya, sehingga diuji dengan bala yang menimpa pada jasmaninya. oleh yang demikian ,darjat itu dapat dicapai.

ada banyak lagi.. nak tau lagi.. baca la sendiri.. hehe..

Thursday, January 27, 2011

bila kanak2 mula keliru..

dalam mggu lepas ada kena ajar budak2 kelas fardhu ain.. topik minggu tu "adab berpakaian"..


antara adab berpakaian menurut Islam..

  • longgar
  • tidak jarang
  • menutup aurat
  • melabuh pakaian sehingga tumit bg perempuan.
  • memakai baju dengan mendahulukan tangan kanan.
pahtu ajar doa berpakaian dekat budak2 nie..

tapi...
masa terangkan kat diorang pasal adab berpakaian yang betul nie..
banyak betul soalan diorang.. antaranya..

"naper sekarang ni ramai orang pakai baju kurung, tapi baju tu jenis jarang..?"
"org men bola yang pakai seluar nmpaklutut tu?"
"baju kawin tu napaer panjang ustazah? smpai meleret2.."

kesian diorang.. diorang keliru antara benda yang bleh buat dengan benda yang xleh buat..
semakin keliru bila benda yang xleh buat tu, tapi ramai orang dewasa buat..


p/s: kepada orang2 dewasa..(macam kita) jadi la contoh yang baik untuk kanak2 nie.. mereka ibarat kain putih... bersih.. melihat contoh yang ada.. lalu turut mengikut apa yang contoh itu lakukan..

Tuesday, January 25, 2011

jom kawin kat siam..

bila berkahwin di luar negara nie.. secara direct nye, status perkahwinan tu di kira sebagai tidak berdaftar.. 
jangan ikut sangat kata hati.. kalau dah jodoh tu tak kan ke mana...

faktor2 nikah tak berdaftar..

  • masalah keluarga..  ni kebanyakannya bila keluarga tidak merestui pernikahan tu.. contoh calon lelaki tak sesuai, tak sekufu, masih belajar atau lkeluarga sudah mempunyai calon yang sendiri untuk anak2..
  • sebilangan mereka berkahwin di luar negara bagi tujuan untuk poligami dan tidak mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.. haa.. siapa kata nak kawin lebih tu senang??
  • mengelak pihak majikan atau keluarga tahu.. ni mungkin yang kerja, kat kontrak tu tulis tidak boleh berkahwin..


kesan nikah tidak berdaftar
  • memungkinkan pasangan dipisahkan sekiranya pernikahan itu tidak sah.
  • pasangan dikenakan denda dan/atau penjara
  • sukar untuk menuntut hak nafkah,hak penjagaan,nafkah anak
  • masalah dalam pembahagian harta dan lain2
tu dia bahaya2 bernikah di luar negara nie.. tetapi.. kalau lah dah ter nikah.. hurm.. nak buat macaman.. meh2 baca.. jangan kalut..
  • penikahan itu perlu didaftarkan enam bulan dari tarikh pasangan kembali ke tanah air..
  • jika suami masih tidak mahu mendaftarkan perkahwinan, si isteri boleh mendaftarkannya sendiri. tidak perlu menunggu suami.
  • kemukakan sijil perkahwinan atau sebarang bukti lisan atau bertulis bahaa perkahwinan dilangsungkan.

ikatan yang suci itu biarlah bermula dengan baik..


p/s: kepada mereka yang bercita2 untuk kahwin kat siam.. fikir la bebaik.. banyak sangat buruk dari baik..

 kepada kenalan rapat yang bernikah kat siam tu, saya harap awak daftar la cepat2 perkahwinan tu.. jangan diikut sangat kata2 si lelaki itu.. menjadi yang nombor dua bukan senang.. kesian kat awak nanti.. anak2 pun akan menanggung susah yang sama.. nak bersalin nanti susah, nak sekolah susah..

kepada lelaki.. guna la cara yang baik untuk memiliki..

Thursday, January 20, 2011

player ker?

seorang kawan bertanya.. "ko dengan budak tu lagi ker..?"
"a'ah.. knp?" soalku kembali..
"pahtu np aku tgk ko mcm nk cari yang lain je kat fb.." jawab kawan yg bertanye..


tu satu situasi.. situasi yang lain plak..


"aimi.. ____ (sila isi tempat kosong) tu saper?"
"Future husband.. haha.. knp tanyer..?" siap gelak2 lagi aku jwb.. terasa mcm gatal jwb macam tu..
"owh.. patut laa aku nampak ___________ selalu komen kat fb ko.."


pertayaan dan kenyataan kawan2 saya yang sangat kontra..
situasi pertama.. mugkin kawan saya tengok saya ramah sangat kut serta ramai berkawan.. tu kawan2 sekolah.. kawan2 yang rapat.. masa kat uia tak berkawan sangat dengan lelaki..


situasi kedua.. saya rasa dia tak tau kut pasal si FH nie.. sebab saya nie jenis jarang bercerita.. jadi memang tak ramai la yang tahu..


kawan2 jangan risau yer.. umur sekarang pun dah 26..  kalau kira ikut bulan 25 thn.. nak jgk muda kan.... 
rasa nya umur ni  tak sesuai untuk putus cinta kut.. sebab umur ni umur patut fikir pasal kawin...


umur ni pun tak sesuai cari yang lain kut.. umur ni untuk mengenali untuk berpindah ke alam permulaan untuk hidup bersama.. doakan ye kawan..


 yaa.. saya tahu saya ramai kawan.. terima kasih untuk peringatan2 itu.. jangan la hati ini berpaling arah..
saya tahu saya cantik, comel, ceria.. sebab tu ramai nak try ngorat.. haha.. gatal lagi bunyi di situ.. FH sila jaga saya dengan baik ye..