Sunday, April 5, 2009

gelora cinta si gadis..

Entah berapa lama, tangisku mulai reda. Ku ucap istighfar berulangkali, di bibir dan di hati. Segera ku kesat wajah berbekas air mata. Ku pandang jam dinding menunjukkan angka lapan. Ku gumam istighfar dan ta’awudz silih berganti. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu yang dhaif dan hina ini kerana terlalu mengikut hati dan
perasaan. Hati ku terus memohon keampunan atas keterlanjuran yang pasti tipu daya syaitan.

Entah sejak bila bermula. Ada keanehan mengalir dalam diri bila berdepan dengannya. Wajah redupnya menarik pandangan dan lembut tutur katanya mempesona pendengaran. Fikiran jadi kacau. Jiwa dirantai sejuta perasaan. Memandangnya walau sekilas bagai satu mukjizat. Suara, perwatakan bahkan langkah yang diatur mengkaku tiap pancaindera. Minda terus-menerus diburu gambaran wajahnya. Hati tak berhenti melakar namanya. Subhanallah, apakah yang melanda diriku? Apakah ini namanya cinta? Bagaimana caranya untuk ku menanganinya? Ya Allah, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini, berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu.
Adakah perasaan ini cinta yang fitrah ada pada setiap remaja yang menginjak dewasa? Apakah ia jalan ketakwaan? Atau jalan kefasikan? Mungkinkah keuntungan yang akan ku capai atau kerugian yang bakal ku tanggung? Soalan demi soalan menguji hati dan mindaku.

Kuatkah aku melawan perasaan? Membunuh rasa cinta yang semakin mekar berbunga? Apakah aku lemah andai ku biar ia subur menghuni hati? Kurangkah cinta Tuhanku yang selama ini indah ku kecapi? Mampukah aku kehilangan cinta hakiki Ilahi demi cinta ini? Antara dua cinta aku menjadi buntu sama sekali.
Memang aku penggemar cerita sufi. Tapi tiada niatku meniru Rabiah Al- Adawiyah. Sungguh aku takjub dengan cinta Siti Zulaikha. Tapi tidak terdetik dikalbu menagih cinta seorang pun jejaka. Namun, sesungguhnya aku mengagumi Siti Maryam, begitu sabar dan tabah biar diuji dugaan yang tak tertanggung oleh mana-mana gadis pun sepanjang zaman dan tempat. Namun, istimewanya dia gadis suci yang wara’ yakin
dengan janji-janji Tuhannya.

Dia masih menghiasi hari-hari ku di fakulti. Ada beberapa tugasan yang memerlukan kami berkomunikasi. Aku cuba menjadikannya seminimal mungkin. Aku sedaya-upaya menjauhkan diri. Tingkahku kadang-kala seperti membenci. Aku tak mahu melukakan hati sesiapa tapi murka Allah lebih perlu ku jaga. Perasaan itu adakala memudar. Tapi kadang-kadang begitu mencengkam sanubari. Aku tegar mendekati Tuhan. Malam-malam ku hiasi dengan pujuk rayu, memohon tanpa henti diberi kekuatan melawan perasaan. Aku makin rajin hanyut dalam kalamullah, Al- Furqan benar-benar penawar hati yang mustajab. Dalam keasyikan menghayati keindahan
dalam pembacaan, aku jadi leka seketika dari zikir tentangnya. Zikir yang aku sendiri tak mahu mengungkapnya tapi hadir tanpa rela.

Bila waktu perasaan itu benar-benar menduga, adakala aku mengharap amat dia memulakan langkah pertama. Aku berharap dia juga punya perasaan sepertiku. Aku harap ada hubungan menjalin perasaan itu. Aku harap cinta itu mekar dan saling berpadu. Malahan adakala kutitip dalam doa di kala dinihari.

Ada ketika, bila dia melintas di depan mata aku berharap dia berhenti, menatap wajahku dan mengungkap kalimah keramat yang sangat ku rindu. Aku berharap di menggenggam tanganku dan bawa aku melestarikan cinta berdua. Tapi itu cuma harapan. Dia tidak pernah menjelingku walau sekilas. Aku juga tak mahu begitu. Aku cuma mengharap kerana perasaan itu begitu mendesak. Namun tangisku akan panjang setelah itu. Rasa kesal mendalam kerana cinta Tuhan yang patut ku damba, bekhalwat dengan-Nya yang wajar ku impi, menggapai kasih-Nya yang mesti ku rindu. Betapa hitam hatiku hingga tidak mengenal apa yang utama. Ya Allah, aku pohon Engkau menghapuskan ingatan ku padanya, tak sanggup aku menanggung tompokan hitam yang begitu memberat di kalbu.
Lebih empat tahun aku mengekang perasaan. Segalanya telah kulakukan demi mengekalkan kesucian dalam jiwa. Tinggal saja aku tak sanggup menukar jurusan yang ku pilih kerana minat mendalam yang tak mungkin ku singkir.

Aku berpegang pada janji Allah. Dalam Surah An-Nur, ayat 26; bermaksud ‘wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula’. Aku yakin aku akan menemui pemilik tulang rusuk yang darinya aku dicipta. Aku pasti telah tertulis di luh mahfuz namanya. Bukan aku menyerah takdir tapi aku benar-benar yakin kepada-Nya.

Hari konvokesyen adalah hari yang dinanti-nanti setiap insan yang bergelar mahasisiwa. Sejak melangkah ke menara gading, aku tak pernah berhenti membayangkan hari konvokesyen yang gilang-gemilang yang bakal aku hadiri sebagai seorang siswazah. Hari itu pasti mengukir sejarah manis dalam diari setiap insan yang melaluinya. Siapa sangka pada hari itu aku menerima lafaz keramat yang selama ini ku nanti.

“Saya...saya.....sudikah awak menjadi isteri saya?” aku disunting dalam barisan beratur menunggu giliran untuk naik ke pentas. Wajahku merona merah, jantungku yang dari tadi berdegup kencang kerana terpaksa berada di hadapannya dalam barisan itu semakin dipalu-palu rasanya. Aku diam. Hilang punca untuk berbicara.

“Saya anggap diam tanda setuju. Insya-Allah, dalam minggu depan ibu bapa saya akan bertandang ke rumah awak. Awak tak perlu risau, saya sudah mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap,” lancar bicaranya. Lidah ku kelu sama sekali. Tentu sekali tidak menyangka ada sejarah lain yang bakal terukir dalam memoriku hari ini selain majlis konvokesyen yang penuh berprestij.

Aku tak tahu apa perasaanku saat ini. Segala bercampur-baur tidak menentu. Aku bimbang hilang konsentrasi sedang aku bakal naik ke pentas dalam beberapa minit lagi. Aku mengosongkan minda kecuali bergumam di ruang fikiran, ‘janji Allah itu pasti’.
bkn hasil karya saya.. didownload dr www.scribid.com
lepas tu saya edit sket.. sbb cerita dia panjang.. so, jd la mcm ni..
semoga kita bleh ambil sesuatu dr cerita di atas..

5 comments:

Asma’ AB said...

hoho.. ingat cerita akak tadi..

aimi nadiah said...

akak xsmpai tahap mcm tu.. tp bestkan klu jd mcm tu.. wah.. bunga2 bahagia..

Balqis said...

salam..
hi sis..
thanx 4 viewing my page..

nak tambah pndpat cket psal citer kat ats neh..
sbnarnya kter sbg manusia mmg xbole tolak perasaan ingin disayangi n menyayangi..sume ni fitrah mnusia..even nabi adam pon rasa sunyi tanpa siti hawa..

cume kter sbg remaja perlu bijak mengawalnya perasaa tu sumer..tiada istilah kapel islamic dlm islam..but b optimistic..bukan mintax kter ni sbg kaum hawa jd tergedik2 dpn lelaki tp..layan mereka sbg kenalan shja..

Yang penting..kenalan2 td dpt membuatkan kter lbh dekat dgn ALLAH S.W.T..

Mungkin..ble hati da terpaut..kter boley berdoa kpd ALLAH S.W.T..Jgn terlalu berharap kter akan dpt ap yg kter mintax..Allah S.W.T lbh tahu ap yg sesuai tok kter..ckOp sekadar berdOa supaya dkurniakan suami sOleh..

Pas berdoa plak,berusaha tOk jd yg lbh baek..ubah bad attitude dlm diri...pelan2..jgn tergopoh2..

jgn harap kter akan dpt lelaki soleh sbg suami kalau kter pon malas solat..buat dosa kecik berterusan..

Sesungguhnya lelaki yg baek tok perempuan yg baek dan sbliknya..

Sbg kesimpulan..istilah berkenal knalan skrg byk tlh disalah tafsir..Ianya berubah kpd istilah "bercinta tahap dewa"..khayalan semata..tiada tujuan dan pembaikan dlm diri..

Jd,sbg remaja..kter perlu pandai "menceduk" isi yg baek drpd perhubungan yg baek..

jgn slh tafsir plak conclusiOn kt ats tu..btw smpy cni jer respons sy tok pOst nie..

kalau silap tegur2 la ye =)

Y said...

huh, terkejut jugak! ingatkan ada budak math mampu menulis macam ni sekali. haha.

cinta, jgn leka selagi tiada ikatan yang pasti.
doa, ketemukan cinta manusia hanya jika cinta itu mebawa kita lebih dekat kepadaNYA :)

aimi nadiah said...

btl2.. jgn leka....................